Wednesday, March 30, 2011

Hari Biru-Biru Purple


ape cer, ape cer arini??? harini adalah hari biru-biru purple.. hehehe.. pagi tadi malas giler nak bangun pegi keje.. hujan renyai2.. sejuk, sedapnya tdo.. kalolah boleh amik mc arini, mmg syokkkk gilerrrrr.. tapi aku ingat satu benda je, kalo aku MC keje aku mesti bertimbun nanti.. arghhhh hilangkan rasa malas, wake up pegi keje.. mood ala-ala langit biru, sbb nak freshkan badan pegi keje...aku pakai kaler purple..

secara x sengaja, same lah pulak dgn besfwen aku.. Oney... dia pun pakai kaler yang sama dengan aku.. aik.. berjanji ke en Hafiz??? tak lah, kebetulan jer.. dulu pun penah sedondon.. arini pun sedondon lagi.. oleh sbb dah pakai sedondon ni... apa lagi Shoot time.. hehe.. guna kamera enset jer.. kalau bawak DSLr, mesti macam2 aksi lagi.. hehe.. cukuplah sekeping dua...

Hari biru-biru Purple

Mood gembira, rasa nak makan jer arini.. bayangkan aku kuar lunch seawal pukul 11 pagi... erk.. lunch? pukul 11 pagi?? yer la.. sbb aku bosan dok lam ofis.. ajaklah si kecik tu g makan2 kat IoI.. sbb tak de arah tujuan kemana nak makan... kitorang lepak makan kat Kemaman Classic Kopitiam.. mmg superb makanan kat sini.. terasa beb.. sedap.. seblum ni aku tak penah makan kat sini.. si kenit ni cakap makan kat sini sedap.. so apa lagi try lah.. huh, aku order nasik paprik jer.. dengan air "Bluess Lemon" kut.. kaler Biruuuu... yummy deliciousssss... amik kau.. satu balang kuih raya pulak dia bagi kat aku..sampai tak abis aku nak sedut.. so kalo korang terjalan2 kat area IoI ni, bolehlah singgah.. try makan kat sini.. superb..

owh tidak, aku lupa shut down pc aku rupanya, cuma lock je


Aduh esok month end, ingat nak settle keje arini.. sbb tak nak bz esok.. tapi dah macam malas lah pulak nak stay back.. log off Pc lepak kat mamak sebelah office ni dgn Geng2 kak Limah.. perghhhh... bingit!!!!! nak tau kenapa... banyak pulak mamat bangla yang lepak kat sini.. sbb ade diorang nak tengok Game kriket.. bising sangat.. dah macam stadium kat negara sana dah aku rasa.. semua sama jenis jer.. semangat kenegaraan betulla.

Dan yang aku rasa kelakar sgt.. ada jugak yang datang tengok game pakai kain pelikat.. hehehe.. punyalah tak sabar nak tengok.. lepas mandi, sarung kain pelikat.. senang cerita..


ni lah mamat bangla yang tengok game pakai kain pelikat tu.


psssttt: nasib baik xde yang datang bawak sepanduk...


Tuesday, March 29, 2011

Aku Dan Gayaku

salahkah aku suka berfesyen???? isk.. tak salah kan? sesape pun suka berfesyen.. aku pelik dengan perangai sesetengah org, akan cakap.. laki yang suka berfesyen ni ,macam pompuan.. ermmm hello kak limah.. ko ingat pompuan je ke boleh berfesyen? kita perlu untuk nampak trendy untuk kepuasan diri sendiri. lantak lah apa org nak cakap, yang penting aku guna duit hasil titik peluh aku sendiri.. aku tak kacau satu sen pun duit korang..

tak dinafikan, dulu kaler pink orang takut nak pakai.. tapi aku slamber jer pakai p ofis.. tengok2 skang ni...dah ramai lah pulak ofis mate lelaki aku yang lain pakai pink.. so apakah ini? sebelum ni mmg diorg nak paki kaler pink, tapi takut org cakap...kaler pink ni pompuan.. isk2.. kn cantik kaler pink tu.. tengok, masuk ofis pagi2 pakai pink, rasa fresh jer.. dah terlalu biasa sangatlah kalau pakai kaler brown, hitam biru tua.. aiyooo... sekali sekala pakai kaler yang lain dr yg biasa pakai apa salahnya? aku tengok sweet jer org yang pakai kaler pink ni.. comel2 gitu..



aku dan gayaku

tapi bagaimana pulak dengan beg sandang? kalo pompuan diorg lebih glamer dgn henbeg yg pelbagai jenis.. lelaki????? lelaki pun ada jugak beg2 yang seswai.. aku pun suka bawak beg g ofis.. tapi apa rasionalnya lelaki bawak beg?? kalo pompuan sbb diorg nak letak perfumelah, tisulah, purse lah, dan tak dilupakan untuk "setiap bulan bila tiba masa tu".. so lelaki apa yang selalu ada dlm beg? huh, untuk geng2 kak limah yang sibuk dok tanya tu, ni aku nak bongkarkan apa yang ada dlm beg aku..
  1. kunci rumah
  2. wallet
  3. perfume
  4. kamera (mmg tak pernah tinggal)
  5. tie (kalo aku ke ofis)
  6. diary/organizer (sng nak catat appoinment..hehehe)
  7. resit2 beli barang
  8. name tag keja
  9. pen
  10. pendrive...
so itu je yang slalu aku bawak kehulu kehilir.. tadi masa berwindow shopping ngan ofismate aku kat ioi, diorang pelik tengok aku.. kenapa aku suka tengok beg.. alasan aku... "biasalah, i kan lelaki maskulin".. hehehe..

bagi aku, tak kisahlah, lelaki ke, perempuan ke.. kalo nak berfesyen.. suka hatilah... ada aku kesah.. janji tak guna duit aku.. yang aku tau semuanya untuk kepuasan dan kemampuan.. tak kisah kaler ape, asalkan kita suka.. kan kan kan...

psssst: aku nak beg tadi tu... esoklah aku g beli...

Monday, March 28, 2011

Antara Cinta Dan Lagu..

"andai dapat, kuundurkan putaran dunia...." lagu wajib waktu karok.. di glamerkan oleh kumpulan AXL.. jiwang sangat lagu nih.. tapi ni lah lagu kenangan aku masa kat skolah dulu.. time tengah hebat bercinta monyet.(monyet pandai bercinta ker?)


pasni Justin Bieber akan menangis kalo dengar... wakakakaka


lagu soley-soley pun ade


Sabtu lepas, g karok ngan geng2 kak Limah kat Red Box.. untuk lepas geram.. hah amik kau 5 jam berkurung dalam tu.. nyanyi pelbagai gerne macam konsert Akademi Fantasia untuk 7 minggu berturut2 non stop.. walaupun suara aku tak sesedap R-Kelly tapi sedap lagi kalu nak di bandingkan dengan Justin Bieber.. haha..


Apa kisah entry terbaru ni? ermm.... kisah cinta monyetlah, apa lagi.. sbb sana sini semua member aku sibuk cintan cintun.. macam2 cerita.. aku teringat kiash aku kat skolah dulu.. sejak form 1 lagi dah pandai nak bercinta.. hehe.. time dulu2, kalau bercinta waktu skolah boleh dikatakan glamer lah.. penah satu kali aku penah kantoi surat cinta dengan cikgu geografi.. huhuhu.. per ar, sampai skang aku tak tau apa isi kandungan surat tu.. sbb aku tak sempat nak baca.. (mungkin cikgu tu bagi anak dia baca kut) isk kejam tul.. kempunan aku.

Dulu waktu bercinta, siap ada cantum2 nama lagi.. korang penah buat x? mesti penah kan. mmg dah jadi trend.. tapi aku rasa best sbb kitirg becinta secara sihat.. ade ke cam tu? yes mesti lah.. sbb dulu semua kena jaga, dari segi pakaian, trend rambut dan paling penting... aku tak boleh kalah daripada dia time pekse... malu dowh kalu dia lebih terer dari aku.. so time tu asyik dapat no 1 - 7 jer dalam skolah.. bukan dalam kelas tau.. tapi sejak tak bercinta ni, asyik kecundang jer.. bukan aku serik nak bercinta, tapi aku malas nak bercinta..

Penah juga aku kantoi ngan mak aku, simpan diary percintaan kami dlam almari baju.. aku lupalak yang mak aku ni suka mengemas almari baju.. adoi.. terus kena dengar siaran radio tanpa henti.. bukan sehari dua, tapi setiap hari.. itu dulu, skang ni... asyik kena dengar siaran radio jugak... dok asyik tanya bila nak kawin.. "mak jodoh tak dak lagi ni"

Itulah story cinta di bangku skolah.. lepas daripada tu aku dah x bercinta lagi... sbb banyak benda aku nak fikir. Dengan kerja la, karoke la, tengok wayang la... amik gambar la.. tak sempat aku nak layan feeling2 cinta ni.. So dis week ingat nak pegi lagi buat konsert secara besar-besaran.. so kepada anda yang nak dengarkan kehebatan suara Geng2 Kak Limah... bolehlah dapatkan tiket cepat.. sbb macam goreng pisang panas.. kalah konsert "Super Junior"..

Hehe.. Geng2 Kak Limah semua... get ready yer dengan lagu2 korang.. sbb kalini mungkin kit akan buat konsert jelajah macam "double Trouble" tu.. itu semua permintaan peminat seantero.. cayalah.. Majulah sukan untuk negara..

pssstttt: lagu kak ramlah ram pun ade tau.. hehehe..

Saturday, March 26, 2011

... Dalam Botol

... Dalam Botol.. haha.. entry macam gerun jer.. ni bukan cite seram dalam botol.. tapi cite pasal filem yang terbaru aku tgk tadi. Bukan rasa teruja nak tengok pun, tapi nak tengok sampai tahap mana filem ni mampu untuk buka minda rakyat Malaysia.. :-)


Filem ni berbeza daripada filem2 lain, sbb di ambil dr kisah benar.. itu apa yang aku baca dari sinopsis asal filem ni... kisah Ruby dan Gaus.. Bidin dan Dina. Kisah cinta antara dua insan yang berbeza. Aku rasa cite ni mmg ada pun.. cuma tak di beri publisiti yang lebih-lebih, bcoz masyarakat negara ni umumnya belum sampai tahap yang boleh menerima semua benda dengan minda yang terbuka. Garapan jalan cite dalam filem ni, agak berbeza daripada filem2 lain.. aku tengok macam cite2 negara Siam buat.. oleh kerana nak bangkitkan mood emosi, tuan pengarah sengaja tak nak masukkan muzik latar.. agak boringlah Mr Director.. nak kena layan feeling2 ni. satu panggung sunyi.. kalau tak ada org bercakap dalam filem tu, mmg senyap macam kat library.

Kenapa ... Dalam Botol? hah ini lah jawapannya.. mula2 si mamat yang bernama Rubi ni feeling2 cintan abis dengan Gaus.. sampai sanggup pegi oversea(tapi tak ckp negara mana) untuk buang ... dia.. dan disimpan dalam botol. sbb tulah filem ni tajuk dia cenggitu.. masa bercinta sanggup lakukan apa saja.. demi cinta suci katanya. Tapi si Gaus tak dapat terima apa yang kekasih hati dia buat.. tup tup clash macam tu jer.. sian si Ruby.. dah le dot dot dot ada dalam botol, bf dia pulak tak mau kat dia. Sbb nak buat operation tu, dia ada pinjam duit dari Mr apa tah, aku tak hingat, RM 40k..banyak tu..(gigih lah kau). then tak boleh nak bayar balik.. balance duit dia kena kebas dengan si Gaus.. habis xde langsung.. sian pulak aku tengok. terpaksa lah dia balik kampung nk pinjam ngan mak bapak dia.

Masa balik kampung, aku suka dialog mak dia.. lebih kurang cengginilah..
"Mak tak tau nak tengok kau macam mana" (sbb anak dia balik kampung siap pakai baju kurung lagi).. dan lagi satu,
"Ni setan ni kalau cam ni".. huh.. sian si Bidin..

Lepas ayah dia meninggal, dia balik kampung dok ngan mak dia.. dan sempat pulak berkenalan dengan Dina lakonan Diana Danielle.. aku tak leh nak cite lebih2 kat sini takut nanti tuan Director marah.. sbb bagi preview percuma untuk filem dia.. hehe.. ni publisiti tuan director..
Masa kat kampung adalah babak2 cintan cintun... dan aku rasa klimaks filem ni ialah masa dia balik kampung.. yang awal2 tu agak memZZzzzz kan.

Bidin, aku simpati kat kau.. apa yang ko buat skang ni hah? Apa dah jadi dengan ... Dalam Botol kau tu? tulah, pengajarannya, fikir dulu sebelum buang... macam iklan kat tv tu.. so anda semua harus tonton filem ni.. sbb filem cenggini jarang2 skali keluar kat pawagam. sekali sekala jenguk2lah dunia masyarakat kita yer.. pas ni tunggu pulak filem "aku bukan tomboy" karya Syamsul Yusoff... so fair and square.. bila tonton filem, harap2 orang2 kat luar sana dapat lah tau seba sedikit apa yg dilalui oleh masyarakat terpencil ni..

Okey itu saja review yang dapat aku bagi.. bape bintang aku boleh bagi????? ermmmm jap nak fikir.. 3 bintang dah la kut..anyway lagu dalam filem ni.. best..

psstttt: dengar kata Raja Azmi nak proceed cite "Anak Ikan" pulak pasni.. gud luck lah yer.

Wednesday, March 23, 2011

Tuesday, March 22, 2011

perlu ke aku tukar kerja?

salam.. minggu ni adalah minggu yang teramat sukar bagi aku.. aku dah tak tahan sgt. banyak sgt tekanan sejak akhir2 ni. sampai timbul rasa dalam hati ni nak benti je keje. tapi kalau aku terlalu buat keputusan yang drastik, risau pulak impak di sebaliknya. dah mula send resume di pelbagai tempat. tengoklah kalau ade rezeki, leh la aku keja kat tempat baru. aku harap aku akan dapat hilangkan semua ni sebelum bulan 5 ni.. aku dah tak tahan sangat2. tak ade masa untuk diri sendiri. asyik terlalu taksub dengan kerja..sampai aku leka pada tanggungjawab aku yang sebenar.. apa yang aku cari sebenarnya? dalam tempoh tak sampai 2 bulan buat akaun aku dah mula fed up dengan kerja ni. aku tertekan sangat2.. sampai org2 sekeliling pun dah mula sedar dengan perubahan aku. dulu masa kat ofis, aku banyak cakap... tapi skang sampai ada yang tegur aku... kenapa skang diam jer? tension ker? ermmmm.. mmg aku nak jawab aku tension.. tapi dah kerja, terpaksalah aku buat juga. kalaulah aku ni ada duit simpanan yang banyak, nak jer aku amik risiko benti dulu.. pastu baru cari kerja yang lain.

buat kerja tiap2 hari pun x siap jugak.. cam ner????

aku sedar, skang ni mmg susah nak dapat kerja. tapi kita kena ikhtiar lah.. bos aku pun cakap, kalau nak senang, kena bersusah2 dulu.. adoiii bos.. kalaulah kau ada baca luahan perasaan aku ni kan? aku harap sangat2 environment keja aku akan kembali ceria macam dulu2 balik. aku mmg betul2 dah tak tahan sangat ni.. nasib baiklah ada blog ni.. boleh lah jugak aku luahkan perasaan aku ni.. kalau aku cakap kat orang lain, tentu banyak sangat yang diorang argue.. itu kalau argue.. ada jugak yang tak nak dengar langsung. :-(

calculator nilah teman baikku sekarang.


aku respek giler kat orang2 yang leh tahan kerja sampai belasan tahun.. aku respek kat akauntan-akauntan di seluruh dunia ni.. korang mmg superb lah.. leh tahan dengan nombor2 yang segala bagai tu.. aku dah jadi pening pala, sbb hari2 kena ngadap nombor2 yang setiap hari sama ja.. arggghhhh... apa perlu aku buat sekarangggg?????
serah pada takdir je lah kan.. setiap manusia ada takdir yang telah di tetapkan..
kena bersabar je lah.. orang lain yang kat luar sana susah nak dapat kerja.. kita yang dah ada kerja ni.. syukur....


aku amat2 berharap aku akan dapat peluang kerja kat tempat baru dalam masa yang terdekat ni... aminnnnn.

Sunday, March 20, 2011

Alamanda

cuba teka dimanakah????

Misi jejak semalam ingat nak p tengok belon-belon kat Putrajaya.. tapi terpaksa di cancel sebab hujan.. baru nak berangan2 p amik gambar belon2 panas tu.. dengar kata macam best, sbb tulah excited nak pi.. iskkkk... bila lagi ada????

Alang-alang dah sampai kat sini, jalan2 lah terus sambil fikirkan apakah aktiviti seterusnya.. tapi macam xde je..nak tengok wayang.. semua show penuh.. mungkin sebab orang ramai pun terpaksa cancel plan nak tengok belon kut... frusssttt!!! tengok wayang.. last2 aku yang tak leh tengok.. Bagaikan satu fenomena skang ni.. sana-sini orang bawak DSLR. tak kira kecik, besar, tua atau ,muda.. ada budak skolah pun dah guna DSLR.. amboi.. dah macam enset lah pulak.. dok gantung kat leher. aku tengok, bukan main lagi depa dok posing sana sini.. tak kira tempat.. tapi aku rasa cool..daripada diorg buat benda2 lain yang tak snonoh kan?

Masuk foodcourt, penuh... dengan manusia.. sampai tak ada langsung tempat nak duduk. ada jugak yang tengah dok shoot sana-sini, even kat tempat makan.. mungkin ramai nak nak di masukkan dalam FB atau Blog masing-masing kut.. perut dah bunyi lagu Justin Bieber ni.. kat mana harus aku lepak??

Last choice... McDonalds.. pun ramai jugak.. nasib baik ada tempat.. tapi masa Q nak p order makan, mak aiiii... panjang macam nak beli tiket wayang Merong Mahawangsa.. panjang yang amat sangat. Daripada perut aku terus menyanyi, aku Q lah jugak..
tengah dok Q, ada pulak yang potong line.. dengan selamba aku tanya kat minah yang perasan cun tu...

"U ada VIP kad McD ke?"... dengan tekejut dia cakap.. "xde, kenapa?"
kenapa kau tanya aku???? apalagi pegilah beratur kat belakang...

"kat McD, xde Touch N Go kak, orang lain semuanya beratur......"

amik kau.. lantaklah kau nak malu or tak.. fikir lah sendiri..
geram pulak aku, semua orang sanggup beratur, dia senang-senang nak potong Q aku.. konon-konon nak sembang ngan kawan dia..
Gitulah, perangai tak reti sabar..






Wednesday, March 16, 2011

Nigel Barker Wannabe

Haluuu... x boleh nak ber entry sbb telalu sibuk kat kampung.. dengan kenduri kawin.. letih sangat2.. walaupun tak buat apa2.. erm baru sampai rumah semalam dari perlis.. bertolak pukul 11 pagi sampai kat Bukit Jalil pukul 7.00 malam.. penat sgt2.. balik2 rumah kononnya nak ber Fb.. ermmm jangan haraplah, line macam siput sedut.. nak buat apa pun x boleh.. adakah ianya kesan daripada Tsunami di Jepun? mungkin kut.
1st day masuk office harini.. nauzubillah.. meja ku.. banyaknya report.. berat kepala aku tengok.. banyak nya keje yang pending.. nasib baiklah lady bos aku tak bising.. hanya diam membisu.. tak tau lah esok macam mana nih.

kamar beradu pengantin...

Tak puas rasanya balik kampung, aktiviti padat... dari Perlis ke Kedah pastu patah balik Perlis.. x sempat nak rehat.. masa kenduri kahwin macam2 benda nak kena buat.. nak kena hias bilik pengantin lah, amik gambar lah, nak kena tolong cuci pinggan mangkuklah.. adoiii.. penat badan ni.. tapi agak best masa kenduri kawin aritu, sbb aku ade geng untuk amik gambar kawin pak cik aku.. cousin aku Abang Lah dia dah dah ada DSLR Sony Alpha.. fuhhh.. kamera canggih.. tak macam kamera aku.. yang hanya guna kits lense.. aku tengok kamera dia mengancam abis.. siap ada lense tambahan lagi.. maklumlah itulah kalau minat, apa2 pun boleh.. jeles.. aku ingatke yang lagi sorang nak bawak kamera dia, tapi x.. alasannya bagi orang sewa.. Betul ke Abang Mus? Bagi orang sewa? Berapa sewaannya? kalau tak, boleh lah 3 org sekali ber shoot2 amik gambar wedding..

Aku ngan Abang Lah pada hari tersebut, ala2 jurufoto wedding yang di tempah khas... kehulu ke hilir dengan kamera masing2.. dapatka shoot terbaik.. mata org kampung mulalah tengok kat gelagat kami berdua.. masing-masing dengan harapan adalah muka depa tu yang masuk kamera..hehehe.. ada kut.. tapi tak banyak lah..
Dari dalam bilik, sampai lah ke sessi luar ataupun outdoor kami shoot.. wlaupun x expert amik gambar, tapi belakon je lebih.. hasil gambar tak taulah lagi..

one two action!!!!

sessi outing kitorang buat kat Lata Bayu.. mak ai... nak naik tangga kat sini, sampai nak terlucut kepala lutut.. letih sgt2. org pada hari tersebut agak ramai.. segan pun ada jugak. ada 3 pasang pengantin (menurut makcik yang jual air kat situ) yang shoot pada hari tersebut.. Lata Bayu dekat je dengan kampung mak aku.. lebih kurang 15 minit perjalanan.. kami bergerak 2 biji kereta..
sampai je kat sana, terus cari port untuk shoot.. lantaklah orang nak tengok pun.. ini 1st time aku shoot gambar kat luar.. kalau suka2 tu banyaklah jugak. erm, bagaikan gaya nigel barker dalam American Next Top Model yang mengarahkan model posing.. hehe.. gaya sini, gaya sana.. sampailah ke kaki air.. sejukkkkk... air terjun.. nasib baik aku tak bawk baju mandi.. kalo x, mmg aku dah berendam kat dalam air ni.

boleh lah kut cam ni pun

Tapi agak kurang menarik sbb, pengantin perempuan tak pakai dress pengantin.. katanya nak biasa2 jer.. isk2... dah tau raja sehari tu, pakailah baju yang cantik sikit.. ni pakai baju kurung macam Ana Rafali di tengah hutan.. tak pe lah mak cik ku, asalkan ada jugak gambar kawin kan? Bukannya nak suruh pakai overdoss macam Cinderella, tapi at least bagilah nampak rupa pengantin sikit.. mungkin mood kawin dah kurang kut, sbb dah hampir sebulan diorg berkahwin.aritu dah bersanding kat Taiping.. so pakai ala2 je lah.. ala kadar..but its okey.. tak jadi effect pun.. :-)
we're married... yahooooo!!!!

Bagaikan pinang di belah dua, mula buat aksi bila lensa kamera tuju tepat ke arah mereka.. best2.. pengalaman yang x dapat dilupakan. aku ngan Abang Lah cousin aku ni, masing2 cuba untuk dapatkan aksi yang menarik.. tengok je lah hasilnya nanti.. tak tau jadi cam ne..
Harap2 satu hri nanti aku leh jadi macam Nigel Barker...




Saturday, March 12, 2011

Balik Kampung, Segar Otak

hoorey... akhirnya dapat jugak aku balik kampung arini.. sampai dari kl pukul 7 pagi.. weh.. giler aku mmg x sabar nak balik.. sampai kat stesen bas, ayah aku dah tunggu.. dijangka sampai awal dalam pukul 5 pagi, tapi biasalah kalo delay skit2 kan?
Sejuknya.... ada gerimis n cuaca pun agak baik.. wow.. indahnya kampungku.. rasa segar x sama macam udara sesak, stress, sibuk yang kat KL tu.. udara kampung ni segar.. tak banyak pencemaran. fuhhhh... nyamannya...
Sampai je kat umah tadi.. aku dah nampak sikit perubahan.. ermmmm... dah setengah tahun kut tak balik.. hehehe...
"hah.. alang-alang hang dah balik, nanti tolong amikkan gambaq bunga ros mak yang kat depan rumah tu" mak aku terus je bersuara nampak muka aku turun keta..
"nak buat apa ambil gambar bunga ros?" aku tanyalah balik..
"mak nak buat frame, nak buat kenangan bunga ros tu keluar bunga.."..... erk... itu kah?
Itu rupanya yang mak aku hajatkan.. erm... bagilah masuk rumah dulu kan?

nah.. "sekuntum mawar merah jambu untuk mak"

Owh no... ada pulut mangga.. ini yang best kalo dapat balik kampung, kalo kat KL nak makan pun kena beli.. tapi kadang2 xdak.. tapi harini aku dapat jugak.. mmg dari last week aku nak makan pulut mannga, atau lebih sinonim dengan pulut pelam kalo kat kampung aku.. apa lagi... bedal jer la kan? nikmatnya.. manis... :-)
Dalam hatiku mmg dah xsabar nak snap picture.. makan cepat-cepat terus capai NIKON aku.. manakah bunga ros mak aku tu? owh.. ini lah yang dikatakan nya.. Mak aku cakap, aritu dia berbunga lebih 30 kuntum.. mungkin mak nak dapat "BUNGA" dalam rumah ni kut.. pandai pulak pokok tu yer.. aku pun snaplah..xnak kecikkan hati mak aku tu.. dia suka..
Nanti aku cuci besaq-besaq buat frame..

try capture manual

bunga lalang di depan rumah, ni mak aku tak tanam.. dia tumbuh sendiri


cuaca pagi kalo kat kampung, tak payah nak pasang kipas angin.. sejupppp...
nikmat kalo leh tdo time ni.. tapi aku xnak lagi.. aku nak snap picture dulu, sbb petangni dah nak bertolak balik kmapung mak aku.. ada kenduri kawin..
Banyak jugak gambar yang aku ambil.. memandangkan cuaca agak baik, so capture the moment lah..

pagi yang masih lagi ada kabus..


haipp.. apa tengok2?

arghhh... hilang stress sekejap.. layan bluess sorang2

Rumah aku, depan rumah ada tali air.. air dari Bukit Jerneh.. dulu time kecik-kecik masa aku tak pindah sini lagi ( family aku pindah balik kampung masa aku form 5)tempat tu ialah sungai.. Sekarang depa dah buat tali air.. senang bagi orang kampung nak tanam padi. walaupun depan rumah ada sungai, tapi Alhamdulillah, setakat ni tak penah banjir lagi rumah aku..
Cantik mana pun tempat orang, cantik lagi Kampung Halaman ku sendiri..




Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


"Hikayat Merong Mahawangsa? jom tengok.."aku cakap kat member aku.. so apalagi dia terus book tiket semalam.. n kitorang berpeluang tengok filem yang diktakan amat dinanti-nantikan sepanjang tahun ini.. Balik office terus bergegas ke IOI Mall puchong siap dengan baju office skali. semangatlah sangat..
Mmg excited sangat nak tengok filem ni, dari mula-mula dulu sejak KRU Studios keluarkan dia punya trailer lagi, aku dh teruja.. Filem yang diangkat daripada sebuah Hikayat Sejarah Zaman Purbakala.. Dizaman kerajaan Langkasuka, Geruda dimana kerajaan Rom yang ingin meluaskan Empayar mereka ke Semenanjung Emas.. Dulu aku hanya penah dengan tentang Merong Mahawangsa, tapi tak pernah pula berminat nak tau apakah yang ada dalam Hikayat ni. Then bila KRU dah bagi peluang untuk kita tonton, apalagi jangan lepaskan peluang.. Jalan cerita yang menarik dan kesan gambar CGI yang juga menarik.. tapi bagi aku? berapa bintang aku boleh bagi? best ke cerita ni?
Itulah persoalannya... panggung wayang penuh dengan peminat filem, dah macam tonton cerita mat saleh pun ada juga.. sbb boleh dikatakan 90% bahasa dlm filem ni, guna bahasa omputih.. mungkin nak pergi kat peringkat Global kut. Masuk saja panggung, bila filem mula... kita seperti tengah menonton sebuah dokumentari mengenai Merong Mahawangsa.. (bagi akulah) korang penah belajar sejarah kan? macam tulah feel bila tengok filem ni.. Dimulakan dengan story penulis hikayat, ada pulak suara yang menggunakan bahasa lama.. siap dengan peta bagai, kesan visual untuk nampakkkan bagaimana sejarah tersebut di lakar.
Bermula di Goa, rasa macam betul-betul ada kat situ.. sbb guna bahasa India.. pelakon pun India jugak.. boleh jadi filem Satu Malaysia, ganti filem Estet Mamat Khalid. Dari Goa, barulah hikayat pencerita diteruskan.. adoyaiiiiii.... bahasa dia... klasik sangat.. aku sikit terganggu dengan gaya dia berstory.. tapi bagi org lain mungkin mereka suka kut. tak payahlah aku nak story about this filem yer.. kenalah pegi tonton sendiri.. aku bukannya pengkritik filem yang boleh nak bagi riview.. cuma aku tulis berdasarkan pandangan deria dengar aku jer..
Ada babak yang begitu hebat aku tengok, dan ada babak yang lebih kurang jer.. aku expect, si Yusry ni bolehlah bagi satu gambar yang cantik, view yang menarik.. tapi aku tak puas tengok.. sebab apa yang aku nak, x ade kat situ.. bukan keseluruhan filem yer..
lagu sedetik lebih, nyanyian Anuar Zain, sebagai lagu tema... hanya ada lepas abis filem ni.. senang cerita, kalau nak dengar...tunggu filem ni habis..baru leh dengar.. kalaulah si pengarah filem ni dapat bagi kesn gambar yang cantik macam Puteri Gunung Ledang The Movie tu... aku rasa filem ni boleh meletop kebabom yang teramat sgt.. aku lebih suka kesan visual dan gambar dari filem Puteri Gunung Ledang.. filem ni cam ner? ok ok jer..
Apa-apapun, satu kejayaan buat KRU Studios sbb berjaya mengankat kisah epik jadi sebuah filem.. aku dengar belanja dia besar.. tapi tolonglah sambung... sbb aku nak tau apa pulak kesudahan kerajaan cina dengan Rom tu.. Merong betul-betul mati ker? apa jadi kat Kerajaan Geruda? ermmmm aku harap dapatlah jawapannya nanti kalau ada sekuel. Cerita dah hebat, cuma kalau boleh, kurangkan sikit CGI..
Dan yang paling penting, masa last filem ni... ada penonton yang tepuk tangan.. mungkin tanda setuju kut.. Bravo..


Sunday, March 6, 2011

Imam Muda Asyraf & Stokin Putih

selamat petang, kat luar macam nak hujan lah pulak.. dalam dok sibuk tak tau nak buat apa kat rumah ni, aku kodek-kodeklah blogspot aku ni.. apa yang menarik kat sini ialah, aku terSUKA dengan sebuah blog catatan seorang tok Imam Glamer kat Mesia ni.. tak lain tak bukan, Imam Muda Asyraf. Blog yang bagi aku sangat memberikan sumber inspirasi bagi setiap insan.. apatah lagi orang yang macam aku ni.. siapa sangka, tok Imam yang terkenal dengan kopiah putih kemana saja dia berada, mampu untuk menjadi seorang penulis yang baik. aku suka pada cara Tok Imam ni menulis kat blog dia. Agak bersahaja n Santai.. dan tak terlalu stress kalau kita nak baca. story dia ada bahan untuk diceritakan.

Dulu masa program Imam Muda Astro berlangsung, aku akui yang aku ni tak lah follow sangat macam cite-cite atau program2 yang lain.. alasan, "tak sempat nak tengok". isk-isk rugi sangat-sangat. Lepas dia keluar dari program tu, dan ada program sendiri iaitu Tanya Asyraf kat Astro Oasis, barulah mata aku ni terbuka luas untuk kaji selidik siapakah Imam Muda ni. Dari Fanpage kat Facebook, Twitter & Blog... boleh dikatakan semuanya aku dah Klik pada butang "LIKE".. ada apa kat tok Imam Muda ni?


Blog yang selalu aku singgah, setiap hari..Stokin Putih


Hah.. itulah aura yang berjaya dia bawak, sehingga terpanggil utk ku mengikuti kisah hidup dia..
Tiap-tiap hari aku dok baca, apa update terbaru daripada Pak Lebai ni.. tak kisahlah, samada Twitter, Facebook ataupun Blog ni sendiri. Cayalah Imam Muda Asyraf. Kau mmg terbaik. Dulu aku penah mintak pendapat daripada beliau, Alhamdulillah dia balas aku punya soalan. Tak sangka dia ni seorang yang baik. Aku penah tanya dia berkenaan dengan soalan yang agak peribadi bagi aku.. ntah kenapa aku tak malu nak tanya.. then dia jawab jugak.. ade respon.. tu yang membuatkan aku suka pada Imam Muda Asyraf ni. Bila dapat bersembang kat laman maya, macam tak percaya lah pulak yang dia ni seorang Tok Imam.. sbb dari segi bahasa dia, macam orang-orang lain jugak. Aku rasa ni lah cara terbaik utk dekatkan diri dengan mereka yang pandai pada ilmu agama.. sbb dia sebaya, so senanglah kita nak bercerita.. tak banyak perumpamaan, dan Straight To The Point.

So aku harap Imam Muda Asyraf ni lebih berjaya di masa hadapan.. KAMI GOLONGAN BELIA SOKONG 100 %.. ceeewah.. macam ketua belia lah pulak.. hehe
So kalau nak kenal Imam Muda Asyraf ni dengan lebih dekat, cuba baca blog dia..

Antara Entry yang menarik minat aku ialah

Sepetang Di SECRET RECIPI

adoi.. penatnya harini..pegi KL Sentral, nak beli tiket ketapi, tapi dah abis lah pulak.. confirm esok aku nak kena p Bukit Jalil beli tiket bas.. malasnya aku nak masuk Bukit Jalil tu.. dengan perangai ulat-ulat tiket yang suka menyibuk nak tanya orang nak pegi mana.. Lantaklah org nak pegi mana pun..ko nak bayar tiket bas aku ker? x kan? so jangan nak sibuk (lebih baik ko jadi ulat sampah) x kuasa aku nak layan.. itulah cerita yang bakal terjadi esok.. kena kacau dengan ulat2 tu.. isk x suka.
tadi lepas gerak dari KL Sentral, aku malas nak balik rumah lagi, terus g Sg Wang jalan-jalan cuci mata.. dah lama aku tak sampai sini.. Best gak sorang-sorang berjalan..sorang ke? x jugak.. terserempak dengan member lama masa study kat UNITEN dulu.. so apalagi.. sesi beramah mesra lah.. biasalah tu kalau dah lama tak jumpa. kebetulan dia pun sorang. Kitorang lepak kat Secret Recipi.. enjoy the cheese cake.. time tu pulak ujan, tak boleh nak gerak kemana-mana pun.. so teruslah bersembang.. topik biasa kalau dah lama tak jumpa ialah:
  1. kau buat apa sekarang?
  2. kau dah kawin ke?
  3. bila kau nak kawin?
  4. keje kat mana?
  5. dok kat mana?
bla bla bla.. tapi soklan no 2 & 3 tu ada pulak soklan-soklan subjektif yang aku kena jawab.. isk malas betul aku kalau org tanya bab2 ni.. kalau jodoh tak kemana la.. dia pun tak kawin lagi, sibuk tanya aku lak.. :-) makin lama makin rancak pulak kitorg bersembang.. dalam sedar tak sedar, tiba-tiba terkeluar satu rahsia.. ha....aku tekejut bila aku dengar.. rahsia apa? syyy... aku termalu.. dia cakap, sbb benda ni dah lepas, so bolehlah dia cerita. mmglah, dh hampir 6 thn. kenapa tak bagitau aku masa dulu2? kan senang... :-) aku dah mula geram dgn kau ni...

sambil dengar cerita, makan cheese cake dulu


"ko jangan gelak pulak..."
"cer cite...cer cite"
"ko kenal kan dengan N (nama singkatan)?".... "a'a aku kenal...kenapa?"
"sebab dialah yang buat aku jadi cam ni"... isk-isk teruk betul, sbb org lain kita boleh berubah..
bla bla bla... dia terus story.. aku tak leh nak story kat sini, sbb agak peribadi.
hahaha.. aku tak sangka sekelip mata manusia boleh berubah.. apa-apapun kepada kau wahai kawanku.. Gud Luck in ur future.. aku tak nak komen apa-apa. yang aku tau, buatlah apa yang kita suka, sbb mmg susahlah kalau nak ikut kehendak hidup org lain.. kehendak hidup kita cam na pulak kan? ada org yang peduli? x kan? so kau fikirlah baik-baik apa yang kau buat.. aku x sokong, dan aku x halang.. hehehe... tepuk dada tanya selera..
aku tau makngah mesti baca entry ni, so makngah (bukan nama sebenar, merupakan pengikut setia blog aku)....kalau nak tau cerita ni, tanyalah aku.. takut2 aku lupa yer..
Agak lama kitorang lepak, sampai hujan pun dah lama berhenti.. yang penting sebelum masing-masing nak beredar, dia sempat bisikkan sesuatu kat aku.. dan akupun jalan menuju keluar dengan seribu satu persoalan, sambil tersenyum...

Wednesday, March 2, 2011

Siapakah Fatin Maisarah di hatiku??

siapakah pemilik nama Fatin Maisarah??
:-) dialah kekasih hatiku yang tersangat comel dan tersangatlah banyak cakap.. aku rindu sangat nak jumpa dgn pemilik nama Fatin Maisarah ni.. dah agak lama aku tak jumpa dengan dia.. last aku jumpa ialah bulan 10 tahun lepas kut.. pastu dah xde dah..
aku ingat lagi time Raya Haji yang lepas, kitorang berdua calling-calling guna teknologi terkini.. iaitu Skype.. jangan ingat dia x pandai guna skype?

agak best jugak sbb boleh video call.. so ala-ala conference la.. yang jauh kita dekatkan, kan?
nak strory time tu aku tak dapat balik kampung, aduhhh sedih sangat...
dia pandai nangis.. menangis time buat video call dgn aku.. dok sibuk tanya aku, kenapa x balik? aku ada kat mana? ermmm.. nak buat cam na cuti dh xde time tu.. so tak dapatlah nak balik jumpa dgn mereka-mereka itu..

dulu time dia ada kat KL, wahhh bukan main rapat lagi dia dengan aku.. balik kerja terus nak bercerita.. heheh.. so sweet la..

banyak cakap n pandai menyanyi.. haha..
dia juga ada ciptakan lagu khas untuk aku..
so kalau aku kol atau balik kampung jumpa dgnnya, dia tak akan lupa utk nyanyikan lagu

yang diciptakan khas itu untuk aku..
senyum je lah aku dengan budak ni..
esok 03 March 2011 adalah hari jadinya..
so i would like to dedicate my very special dedication to her..
Happy Birthday my sweety..
Love U so Much..
ni lah pemilik nama Fatin Maisarah tersebut..

5
.
.
4
.
.
3
.
.
2
.
.
1
.
.
.
TADAAAAA...
anak buah aku la.... :-)

Happy Birthday Sweety... ala comel-comel...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...