Wednesday, September 30, 2009

A Simple Note before i go to sleep....

Since my eyes are open..........
My Best Friend
We have been friends for quite a while now, and I just want to say thank you for being there when times got tough. I know you more than I know anybody and I'm so glad that we started hanging out together. Lately I've been thinking about the way that we always compete with each other and it's really starting to get to me. I know that it's not always intentional, but it just seems like you enjoy getting into those little arguements that we seem to almost always come across. You and I have alot of the same personality traits, yet we also seem like total opposites at times. You are a really funny/crazy guy and that's why I like to hang out with you, but sometimes you really get to me and you push my buttons. you argue with me about the stupidest things Thank you for taking the time to actually listen to what I have to say. I don't want to keep my feelings and thoughts all bottled up inside me and I know you've been really busy lately, so I figured it wouldn't hurt to write it all down on paper. What I'm basically trying to say is that there are a lot of ways that we can get around competing and arguing and we should both as a team work on it. Sometimes I know that I'm really the one who's right, but I let you win just so that you'll shut up. You are probably one of the coolest, most unique guys I've ever met and I want to keep hanging out and doing normal guy stuff, but you have to be willing to make the effort too. and you always have to get the last word in.
I really don't know what I'd be doing without you and your silliness around all the time. I hope that you don't take this the wrong way, but I just thought it should be put out in the open so that we can cut down on the arguements that we've been having. Don't take this letter personal, I'm not trying to put you down, I just thought I'd bring it to your attention before it starts to affect our friendship. We have a really cool friendship and I don't want to continue to have these stupid competitions with you. I always let you win, so you should compromise and let me win an arguement for once. Please try to bite your tongue when you think that you're about to disagree with my opinions and I'll do the same with you.
Write down dis b4 i go to sleep :9:51pm

Monday, September 28, 2009

I WaNt to bE aBLe tO liKe My SeLf

I have to live with myself and so I want to be fit for myself to know,I want to be able as days go by,To look at myself straight in the eye.I don't want to stand with the setting sun And hate myself for the things I've done.I don't want to hide on a closet shelf..A lot of secrets about myself, And fool myself as I come and go Into thinking that nobody else will know What kind of man I really am; I don't want to dress myself in sham.I want to go with my head erect,I want to deserve all men's respect And in this struggle for fame and pelf I want to be able to like myself.I don't want to look at myself and know That I am a bluster and empty show.I cannot hide myself from me, I can see what others can never see I know what others can never know, I cannot fool myself, and soWhatever happens, I want to beSelf-respecting and conscience free.
LikE ThE ButterFly In My Stomach right Now.. thruly by Iz

Sunday, September 27, 2009

Somewhere Over The Rainbow.


Somewhere Over The Rainbow.. esok dah start keje.. harap2 adelah Rainbow yg akan menerangi mood aku esok.. aduh malasnya nak pegi keje..maklumlah dah seminggu bercuti.. So esok let the rainbow give me the spirit..ade kisah di sebalik rainbow sebenarnya.. di atas apa yang berlaku last week seblum aku bercuti.. hehe..padan muka kau.. but i really puas hati dgn apa yang terjadi...panjang ceritanya..kalo nak story kat sini mmg tak cukup..mana nak letak kisah Hari Raya kat kampung lagi..hmmm, tapi esoklah aku story, malam ni malaslah..nak tdo awal sok nak keje. MMuaaahhhh... :p
Somewhere over the rainbow Way up high, And the dreams that you've dreamed of Once in a lullaby. Somewhere over the rainbow Bluebirds fly, And the dreams that you've dreamed of Dreams really do come true. Someday i'll wish upon a star And wake up where the clouds are far Behind me. Where troubles melts like lemon drops Away above the chimney tops That's where you'll find me. Somewhere over the rainbow Bluebirds fly. And the dreams that you dare to.. Oh why, oh why can't i? Well, i see Trees of green and red roses too, I'll watch them bloom for me and you And i think to myself, What a wonderful world. Well i see, Skies of blues and, clouds of white, And the brightness of day, i like the dark And i think to myself, What a wonderful world. The colors of the rainbow so pretty in the sky Are also on the faces of people passing by I see friends shaking hands saying how do you do They're really saying i... "I love you". I hear babies cry, i watch them grow They'll learn much more than really know And i think to myself What a wonderful world. Someday i'll wish upon a star And wake up where the clouds are far Behind me. Where troubles melt like lemon drops Away above the chimney tops That's where you'll find me. Somewhere over the rainbow Way up high, And the dreams that you dare to Oh why, oh why can't i?

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung Ye Ye Ye Ye...

Yes..aku dah nak balik kampung untuk beraya esok...wow bestnya tak sabar rasanya nak balik kampung nih.. tahun ni macam tahun2 lepas tetap ulang beraya di kampung halaman..macam biasalah sbb tak kawin lagi kan? kalo dah kawin terpaksalah ikut turn.. aduh tak sabar weh..nak beraya dikampung ngan family yang tercinta..aduh gembiranya rasa hati.. "OOOoooo Balik Kampung, lagu sudirman ni mmg menusuk kalbulah.. cuba bayangkan kalo tak dapat pulang beraya kat kampung cam ner? boleh nangis tau.. haha..mmg betul papehal pun yang berlaku aku akan tetap nak pulang ke kampung halaman gak. Di pagi Hari Raya nak bermaaf maafan dgn Mak Ayah, ng adik beradik yang lain..sambil makan hidangan yg telah disediakan oleh ibu tercinta..tak sabar dah ni..walaupun kat mana aku berada, aku akan tetap Balik Kampung.. dah sinonim dgn Raya jer, org akan teringat kat kampung..Betapa ruginya kalo masih lagi ade org yag tak nak balik kampung halaman..yang tak de kampung tu lainlah cerita sbb diorg
mmg tak de kampung.. cuba bayangkan, di waktu pagi sesudah subuh terdengar takbir dari surau dekat umah ni..sayup jer dgr....bukannya selalu pun kan? setahun sekali jer..TIME ni lah leh jumpa sanak saudara yg dah sekian lama tak jumpa..n yg tak penah jumpa..kekadang jumpa, ingatkan siape, rupanya saudara sendiri..inilah uniknya Hari Raya..semua umat Islam akan rasa seperti bersaudara..yang paling aku tak sabar skali ialah, di pagi Hari Rayalah..ingat lagi dulu time kecik2..mmg tak sabar gler nak raya, sbb nak pakai baju raya n nak dpt duit raya..tapi skang dah besar n dah bekerja, kenalah bagi duit raya pulak..tapi takper ini kan rezeki..tak salah kalo kita berkongsi rezeki dgn org lain kan? Mudah2an di tahun berikutnya rezeki kita akan bertambah..Jap nak kira berapa byk duit raya yg aku kena spend tahun ni? aduh bertambah lagi sorg ahli keluarga, sbb kakak aku baru jer dapat anak lagi sorang..hehe..duit raya..itulah kisahnya..kalo dulu, sanggup berjalan jauh semata2 nak kumpul duit raya...kalo dulu tuh, dah dapat 50 sen pun dah kira oklah kan? tapi skang, paling kurangpun 1hinggit..untuk budak2 zaman sekarang..kalo balik kampung lagi byklah duit raya yg dapat..itulah uniknya dan kelebihan Balik Kampung..jadi kepada semua, jomlah balik kampung sekali ok..marilah kita meriahkan kampung halaman kita, dan gembirakan org yg tersayang..tak kiralah di mana saja anda berada..HooOOoreyyy...Esokk balik Kampung...Mak ayah tunggu kepulangan Anakandamu esok ya..

Wednesday, September 16, 2009

Penang Village

Hari ni aku berbuka puasa dgn geng2 office mate aku @ Penang Village IOI Mall Puchong..tak de byk benda yg nak di story kan.. cuma gambar jelah sebagai kenang kenangan..
Antara juadah yg di order untuk berbuka puasa..

Antara tetamu yg hadir..bersama jemputan khas Zadil..

Nilah gambar aku..terselit jugak kat sini akhirnya...selepas kenyang berbuka puasa..
Awek2 cun dan mama cun Public Bank..





Tuesday, September 15, 2009

Friends????

"kawan..jangan main api...nanti terbakar diri.." antara bait2 lagu daripada Francesca Peter satu masa dahulu..lagu yang begitu bermakna pada sebuah perhubungan persahabatan..tidak dijangka lama2 berkawan terasa bagaikan bersaudara..tapi sedarkah kita bahawa kekadang, kerana terlalu menjaga hati dan perasaan org lain akan memakan diri sendiri? itulah yg terjadi..tapi ini lumrahlah pada mereka yang berkawan. Hidup di dunia ini hanya sekali..jadi pilihlah jalan yang membahagiakan kita..sedih, tawa, gembira semuanya dirasai.. semakin lama kita berkawan, semakin menguji tahap persahabatn kita kan? Ada org mengatakan bahawa, berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu... Tapi bagi aku, quality is the most important than quantity...tul tak? berkawan ramai pun tapi kalo kita tak gembira buat ape kan? biarlah daripada berkawan seorang yang mempunyai nilai persahabatan yg tinggi..
erti kawan mmg susah untuk di tafsirkan..org cakap, kawan time gembira ramai..tapi kawan time kita bersedih ade ke? sikit je kan? sedih sangat..ade cerita kawan makan kawan, macam2 lagilah..tapi kenapa perlu ada kawan? supaya hidup kita ini tidak sunyi dan sepi..kita boleh share segalanya dgn kawan kita..tapi adakah kawan kita itu mngerti dgn apa yg kita lalui..ada yg berpura2 dan ada yg bersungguh2..susah nak ckp..aku terlalu percaya pada nilai sebuah persahabatn..tetapi setelah kawan sendiri mula sangsi dgn apa yg aku buat.. itulah yang menbuatkan nilai seorg kawan itu hilang.. mudah sangat ker org nak percaya kat kita? tak kan? mudah sangat ker org nak amik berat ttg kita? tak kan? semuanya mudah untuk di jawab.. berkawan serapat manapun, tetapi bila hati ini dah mula ada perasaan syak wasangka, ia akan mencacatkan lagi nilai persahabatan tersebut..
8.00 pm : berkumpul di mamak. (excited sgt sbb dah lama tak berkumpul cam ni)
tapi berlaku sebaliknya, sbb ada syak wasangka antara sahabat,
sebenarnya tak perlu kan? masa berjumpa tadi aku tak expect langsung
isu begini akan berbangkit.. tapi tak sangka, berbaik dgn org ini yg berlaku.
8.00lebih :teruskan bersembang, mula bertanyakan soal hati dan perasaan. aku pun
tak paham, kenapa isu macam ni boleh muncul..secara tiba2 aku rasakan
apa yang aku buat selama ini hanya sia2..tak sangka, org mula
mempertikaikan apa yg aku buat.
aku tak kisah apa org nak ckp, sbb dari kritikanlah kita boleh membina.. tapi apabila org suruh kita berubah demi kepentingan diri sendiri, aku tension..perlukah aku buat cam tu? siapa dia untuk buat aku berubah? diakah yg bela aku dari kecil sampai sekarang? suka hati akulah apa yang aku nak buat.. kalo nak berubah, fikir diri sendiri dulu..adakah diri tu betul? jangan jadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.. jangan suka hati membabi buta buat tuduhan melulu..matang sangatkah fikiran kau? dalam hati ini, kalau boleh nak aje aku luahkan apa yang terbuku.. tapi tak terkeluar, sbb aku terlalu menjaga nilai sebuah persahabatan..kalau kau tak suka dgn cara aku, go ahead.. get lost.. aku tak akan pernah menyesal kalo aku tak kenal ngan kau..aku amat bersyukur sbb aku dpt kenal ng kau..daripada sini aku boleh belajar.. dah lama aku terlalu menjaga hati org lain..tapi pernahkan org terfikir untuk menjaga hati kita? terpulanglah pada diri sendiri..aku bukan seorang yang mudah melenting..tapi jangan buat gunung berapi aku meletup.. aku harap, lepas ni kau akan lebih sedar dgn apa yang kau buat..dan kau belajar dari apa yang berlaku.
9.00 pm : sigup order milo ais.. terus isu masih lagi berbalah.. tak perlu semua ini
kalo dah rasa diri tu bagus sgt, tunjukkan..jgn pakai main cakap jer.. aduh emosi lak aku..aku harap skali lagi, kau akan lebih sedar dgn apa yang kau buat. buat ikut kata hati dan fikiran..dan jgn ikit nafsu..pandai2lah fikir sbb dah besar kan? tetapi aku kecewa dgn apa yang berlaku sebentar tadi. aku sedih aku jadi mangsa keadaan dalam tak sedar...belajar dari kesilapan dan mulakan hidup yang baru..tapi ade ke aku buat silap? pertanyaan demi pertanyaan bermain di fikiran..kalo dah rasa tak boleh hidup dgn orang lain, pegi cari jalan sendiri...jangan nak menyusahkan org lain..hidup ini terlalu singkat, rugi kalo tak menikmatinya dgn sebaik mungkin...betapa bodohnya manusia melepaskan sesuatu yg susah untuk dikecapi dgn mudah...aku tak nak mendoakan apa2 yg tak elok, cuma pandai2lah bwk diri..

Monday, September 14, 2009

Kulayangkan Sekeping Kad Ucapan


dikesempatan hari mulia yang bakal menjelma tak lama alagi...aku ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua.. maklumlah kita manusia biasa mmg tak lari dari melakukan kesilapan..saban hari sedar tak sedar kita telah menyakiti insan di sekeliling kita..jadi tak salah kan, xpayah nak tunggu di bulan Syawal aje nak mintak maaf...hari2 biasa pun boleh jugak.. tapi dah menjadi kelaziman dan budaya kepada kita semua, bila menjelang Hari Raya aje, maka kita akan saling memohon maaf antara satu sama lain. Nasib baiklah ada Hari Raya..kalo tak de Hari Raye cam ner? Lu pikirlah Sendiri.. okey..

Sunday, September 13, 2009

My Hari Raya stuff


semalam aku n the geng berbuka untuk last minit shopping di Maju junction.. ini ialah arir yg mendapat perhatian dan permintaan ramai..iaitu 3 Layer Tea..mmg sedap sgt..jadi sesiapa yang nak mencuba keenakan air ni bolehlah ke sini..setelah berbuka puasa, kitorg sume bergerak ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk mencari barang2 yang hendak di shopping..penat giler...dgn jalan jem lagi..aduh jangan cakaplah..semuanya nak buat sentuhan terakhir untuk menyambut 1 Syawal yg bakal menjelma.

ok..inilah baju yang aku dapat sambar kat sini..dengan pilihan yg begitu banyak, akhirnya baju ni jugak yg aku pilih...belang2 purple..cantik n smart..harganya pun agak murah dan berbaloi jugaklah.. tak cukup dgn itu, butang baju pun aku beli gak..
inilah perfume dari Georgio Amani Attitude yang akan aku sembur untuk hari raya nanti..ok..nanti aku story lagi.. nak tdo..




Friday, September 11, 2009

raya oh raya..pening pala aku...

aduh..susahnya nak cari baju raya.. hari ni penat aku pusing2 kl cari baju raya, tapi masih gak tak jumpa..dah jumpa byk..tapi masih lagi mencari2 stail apa yg hendak di pakai..wow..menyengat kaki ni berjalan ke hulu ke hilir.. hari ni habis aje keje terus bergegas ke Jalan Tunku Abdul Rahman..biasalah tempat ni kan glemer bila nak raya..ramai nya org..jgn cakap lah..kemeriahan menyambut Aidilfitri mmg dah terasa sgt..sana sini pasang lagu raya.. aduh dah nak dekat rupanya raya kan? Dalam dok pusing2 cari baju apa nak di pakai tahun ni, byk barang yg tak terfikir oleh aku untuk di beli aku nampak org jual kat sini..banyak gila...ni aku nak kongsikan dua pasang baju yg aku rasa lain dr yang lain..cun
Baju ni nampak menarik..lain dari yg lain..tapi masih lagi survey..biasalah harini terlalu suntuk masa untuk berfikir..cuma mencuci mata je lah.. takat window shopping..cantik kan? belang2 kaler purple..tapi sekali pandang macam konsep baju melayu tdr.. sbb lepas pakai baju ni g smayang raya terus boleh buat baju tdo..hehe..but nice lah sbb lain daripada yang lain.

ini pulak koleksi yang ke dua aku jumpa..tapi tgklah harga dia...meletopp...memang harga untuk raya setahun sekali.. almost 300..aduh perlu ke aku beli baju melayu dgn harga macam ni? jap ek aku fikir...tak perlu kut kan? tapi smart lah...moden classic..ade konsep fusion kat baju ni..menarik..kalo pakai kat kampung ni, mmg org akan lcakap lain dr yang lain.. aku bukannya apa, tak nak lah membazir sgt..cuma nak buat pilihan yg terbaik... tahun lepas pun dah beli last minit..nasib baik sempat..
Dalam dok jalan2 di sekitar jalan TAR ni, ade satu kedai yg menarik perhatian ramai org..kedai jual tudung.. apa yg menarik? cuba korang tgk kat gambar tu? apa yg menarik..inilah teknik penjual untuk menarik perhatian pengunjung untuk membeli.. ramai gler yg singgah kat sini.. penjual lelaki memakai tudung yg dia jual...tgk tu...COMEL kan? haha.. apa dia kisah, janji org datang beli kat kedai dia..sehelai tudung di jual dgn harga semurah RM5 aje...murah kan? kalo lah aku ni pompuan konpem aku beli..tapi tgklah dulu...rasa cam nak beli kat mak aku jer...
ni pulak susana di sebuah kedai yg jual baju melayu yg paling murah..harganya dari RM50 jer.. tapi fesyen lama..tapi cantik2.. aduh rambang mata ni... tiap2 tahun kena pk baju apa nak pakai..letihla...
oklah aku rasa ni aje yg mammpu aku catatkan untuk masa ni..bila tgk decoration raya kat The curve ni, teringat pulak kat kampung halaman.. huhuhu...nasib baiklah boleh cuti panjang tahun ni... kalo tak menangis aku kat sini...tahun ni raya yg meriah sbb aku akan pulang beraya dgn semua family sebelah mak..bayangkan betapa best nya...





Wednesday, September 9, 2009

Meeting Of The Royal...

Sawadeekap... hehe.. dis is my general meeting or the Royal.. Majlis ni berlangsung di Mines International Convention Center.. Lihatlah betapa ramainya kerabat2 di raja seluruh pelusuk dunia hadir untuk meeting ni.. :). well actually dis is my pic during the Annual Dinner.. tema untuk tahun ni ialah Romance Of The Three Kingdoms.. best giler.. dapat masuk finalist dan menag di tempat ke-3 daripa beribu2 org yg hadir.. so???? Penat tu jangan cakaplah, letih sesangat.. sampai sakit pala, belakang dan kaki..coz since dari pagi make up, pastu wearing costume n go to the judging.. tak boleh nak berehat langsung.. but berbaloi la dgn apa yg kitorg buat.. Bayangkan dari awal pagi hingga ke leeat malam still pakai costume ni.. huhu letih beb.. tapi x per sbb penat lelah kitorg berbaloi.. bukan takat team je yg menang, tapi individual category pun kitorg sapu jugak.. rezeki... dah tu, menang lagi Table Draw.. dapat lagi hadiah...mmg berbaloi baloi..
kalau korang semua nak tau, pada malam tu, aku bercouple ngan cik siti jadi kerabat Siam..comel kan? dah macam org siam dah aku tgk..kat kepala tuh jgn ditanya berapa berat..kalau ditimbang karat emas, boleh beli rumah banglo..hehe..cun tak? tapi kat baju aku ni, sepatutnya ade lagi aksesori yang kena pakai, tapi aku tak pakai sbb terlalu berat.. nak buat macam mana, org siam kan kaya dgn emas, sbb kerajaan negeri kedah dok hantar bunga emas kan? tul tak? kalo kita semua baca sejarah la...


okey...yg ni pulak gambar kami bertiga, tapi yg kat tepi tu bukan dr group kitorg...tapi group lain...but wearing a same costume...tapi agak fusion skit..nama dia kak hajar.. so kami ni adik beradik dari kerajaan siamlah... aku sorang je putra siam yg hadir pada malam tuh...yg lain tak dapat nak dtg, sbb kene H1N1.. tak pelah, doakan mereka semua itu sihat2 sejahtera yer.. so ini ajelah yg dapat aku kongsikan untuk kali ini..
















Tuesday, September 8, 2009

berbuka di Curve D'sara

Hai..last week masa public Holiday sempat jugak berbuka kat damansara The Curve dgn member2 yg dah lama tak jumpa. Biasalah time2 bulan puasa camnilah nak jumpa kawan2 pun kan? bukan hari lain tak jumpa, tapi feel dia tak sama. susah bebeno nak cari tempat makan kat sini, semuanya Full House, tak kasi can langsung untuk cari tempat makan, lambat dtg n tak book alamatnya terpaksalah merempat makan kat tepi2 jalan... lama jugak pusing2 kat sini around pukul 6 lebih.. semuanya full.. well inilah bulan puasa..siapa cepat dia dpt.. setelah dari atas habis pusing, sampai kebawah, tetap jugak tak dapat..ape diorg ni tak reti2 nak makan kat umah ker? Semuanya habis di booking...fullamak kaya beb peniaga time bulan ni.. yg kosong cuma Sakae, tu pun sbb tempat makanan jepun..kita org Malaysia, tak kan nak makan makanan Jepun kut berbuka kan? EEeeee...tak leh blah perut aku nak terima takat makan nasi pulut dgn ikan mentah.. tapi nasib baik lah last minit, dapat jugak jumpa tempat kosong kat seblah tu.. tapi ini pun bukan pilihan Utama, tapi sebab last choice, tu pu penuh jugak..nasib baik ada kosong lagi..
Setelah mata meliar memandang sekeliling, dan kaki pun dah penat berjalan, nasib baiklah Little Penanag Cafe ni masih ada kosong lagi..satu meja sahaja..but its oklah better than nothing kan? Duduk aje terus order makan. Punya dok belek2 menu apa yg nak di makan, pk punya pk..last choice is makan asam laksa jer.. itu jer yg berkenan di hati..yg lain bukan tak ok, but terlalu biasa sgt, takat Char Koew Teow...kat tempat lain pun ada kan? cuma harga je lah yg jadi perbezaan..aduh tgk jam masih ada lagi 30 minit sebelum azan..sembang lah dulu.. mata meliar tgk sekeliling..ada yg macam kenal, tapi dah x ingat sape.. maklumlah dh lama tak jumpa..takat senyum je la...sembang punya dok sembang, tak sedar dah nak dekat waktu berbuka..aduh makanan kat depan ni mencabar betul..bau asal laksa dia Fuhhhh mmg sedap sgt...tunggu time jer nak masuk kat mulut..

At Last masa yg di nanti dah tiba, ade pulak announcement yg bagitau time berbuka..ok lah jugak..sbb ada sesetengah tempat tu, kena tgk jam sendiri n teragak2 dah berbuka ke belum.. makanan yg pertama singgah kat mulut aku ialah cendol ni.. aku nak suggest kat korang semua, makan lah cendol kat sini..rasa die mmg sedap..sedap giler..teringat kat kampung. serius terliur beb.. aku mmg dah tak tahan dgn cendol ni..member aku siap order air kelapa lagi..aku cakap kat dia, kalau kat kampung org buat tak heran jer tgk buah kelapa dok tergantung kat pokok..tapi kat sini, nak minum pun kena bayar RM5++ semata2 nak hirup air kelapa..semuanya duit..hahaha..ikut suka kaulah nak makan apapun.. asalkan perut kau kenyang n kau bayar apa yg kau makan..hehe.. ini lah cerita aku dan kawan2 aku berbuka kat Damansara...jadi Selamat menjamu Selera...
Last sekali aku nak cakap, cendol ni mmg sedap..



























Saturday, September 5, 2009

The Marbles..

A boy and a girl were playing together. The boy had a collection of marbles. The girl had some sweets with her. The boy told the girl that he will give her all his marbles in exchange for her sweets.The girl agreed. The boy kept the biggest and the most beautiful marble aside and gave the rest to the girl. The girl gave him all her sweets as she had promised.That night, the girl slept peacefully. But the boy couldn't sleep as he kept wondering if the girl had hidden some sweets from him the way he had hidden his best marble.Moral of the story:If you don't give your hundred percent in a relationship, you'll always keep doubting if the other person has given his/her hundred percent.. This is applicable for any relationship like love, friendship, employer-employee relationship etc., Give your hundred percent to everything you do and sleep peacefully.~Be sure that you appreciate Everything you've got, And be thankful for the little things in life...that mean a lot~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...