Mohd Haffiz Bin Ibrahim nama diberi. Dilahirkan di sebuah negeri yang paling kecil di Malaysia iaitu Perlis Indera Kayangan. Lahir pada tanggal 28 Mei dan seorang yang berbintang Gemini. Menurut zodiak, orang yang bintang Gemini ni pandai berkawan..Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Layar Sg Petani Kedah, lepas tu sampai darjah 3 terus pindah masuk dalam kem.. sbb bapakku seorang tentera. Sek.Keb.Kem Lapangan Terbang sampai darjah 6 then terus ke Sek.Men.Bandar Sg Petani sampai tingkatan 3..
Oleh sebab nak merasa tinggal di asrama, aku apply ke Sek.Men.Teknik Kulim kedah sampailah abis SPM. amik kos Kejuruteraan Awam.. best2.. orang kat sekolah cakap ni kos but jamban.
Lepas SPM, terus bawak diri datng merantau kat KL ni sambung belajar di UNITEN Bangi.. hah.. mmg nasib anak perantaun.. sedar tak sedar kejap je dah masuk 10 tahun aku di perantauan..
Sekarang aku masih lagi menerima rezeki dari sebuah bank yang agak terkenal.. tapi dalam bidang yang berbeza.. di Account Department.
Masa lapang...apa aku buat ek? Yes...aku suka g hangout ngan member2 aku sambil nyanyi-nyanyi, jalan2 melihat alam ciptaan tuhan, menulis Blog dan aku terlalu obses terhadap fotografi.
Aku ada sebuah kamera DSLR yang terlalu basic.. jadilah setakat nak berhobi di waktu lapang. Aku tak boleh tengok pada gambar, dan orang pegang kamera.. aku rasa something.. pendek kata aku mmg Fanatik Fotografi walaupun aku tak pandai nak shoot macam org lain..
Aku mempunyai fobia yang teramat dasyat dan mungkin bagi sesetengah org tak boleh diterima oleh akal fikiran.. aku tak suka pada binatang yang panjang, lembut, licin dan tidak berkaki.. paling tepat ialah ULAR dan sekutu dengannya. Paling dasyat ialah, ku tak boleh tengok langsung gambar binatang puaka tu.. pasti meremang bulu roma aku, apatah lagi kalau tengok real.. Pernah terjadi insiden, aku baling kamera jatu ke bwah sbb dalam kamera tu ada gambar ular.. aku uga pernah menjerit kat shoppping kompleks, sbb dikejutkan dgn binatang tu.. kalau beli paper, aku akan koyak mukasurat yang ada gambar binatang tu.. ermmm pelik kan? tapi itulah fobia aku.. aku tak kisah pada benda2 lain..