Tuesday, June 7, 2011

Apabila Yang Disayang Pergi Tak Kembali Selamanya

Asslamualaikum, dimulakan dengan Bismillah.. dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sudah lama aku tak mengupdatekan diri untuk blog ni.. bz teramat sgt.. tak semapt nak mengarang kata-kata.. hari ni sudah masuk hari yang ke-3 tok aku pergi mengadap Illahi untuk selamanya.. tatkala tanggal 5 Jun 2011, pukul 1 pagi.. aku terkejut apabila menerima panggilan telefon dari adikku.. aku terdiam, tak tau nak kata apa2.. emosi aku mula berubah bila dia letak telefon.. air mata terus mengalir laju2, tak boleh nak kawal. Aku bagaikan tak dapat nak terima kenyataan yang arwah tok aku sudah pergi.. aku konfemkan balik dengan ayahku.. mmmmm aku mmg tak dapat nak berkata apa2.. hanya dengar ayah aku motivate aku dari jauh.. aku mmg tak boleh nak terima kenyataan.. Tapi ayah aku terus kuatkan semangat aku untuk bersabar..

Arwah sememangnya seorang yang amat disegani kat kampung.. sebut saja nama dia.. sapa yang tak kenal.. semua org kenal.. seorang yang amat baik, pemurah dan mudah untuk di dekati.. walaupun usia dah lanjut, namun mata masih lagi boleh cucuk benang kat jarum.. ingatan masih lagi kuat.. sampaikan dia sakit pun sama.. masih lagi nak ambil berat pasal org lain.. aku tau, tok mmg seorang yang amat tabah.. tak pernah kenal erti penat, letih. sakit.. dia pandai sembunyi penderitaan..

Sememangnya waktu yang paling tak boleh dilupakan ialah bulan puasa.. sbb arwah mmg selalu buat makanan yang anak cucu dia suka.. bila cakap aje anak cucu nak balik kampung.. mmg dia akan sediakan dari awal lagi.. pernah satu kali, arwah simpan buah mangga masak untuk aku sampai buruk.. dia tunggu aku balik.. tapi aku tak balik.. ermm... sedih sgt.. dia pantang kalau ada anak cucu dia yang tengah sakit.. mmg dia akan susah hati.. aduh.. aku tak daya lagi nak buat entry pasal ni.. air mata aku laju je mengalir.. aku harap arwah akan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

Arwah selalu pesan dekat aku, ingat2 berada di tempat org, pandai jaga diri.. jangan buat jahat kat org..

"tok tak dak apa nak bagi kat anak-anak cucu, cuma bila tok dah tak dak nanti, sedekahlah fatihah kat tok"...katanya satu ketika dulu....

Al-fatihah tok.. sesungguhnya segala kenangan bersama akan sentiasa diingati.. apiz doakan tok tenang disana, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. sesungguhnya, masa tok sudah tiba, tapi yang masih hidup ni tak taulah bila lagi akan dipanggil oleh-Nya... Aminnn






alfatihah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...