Monday, February 28, 2011

HaRi eSok MaKiN HaMpir.


hari esok makin hampir
aku masih lagi berjalan
tidak mampu untuk berlari
andai ada poket masa,
akan ku undur segalanya

hari esok makin hampir
aku masih lagi memandang
tidak mampu untuk mengejar
andai ada pintu masa
akan ku terus ke sana

hari esok makin hampir
aku masih lagi disini
andai esok hari terakhir
akulah insan yang paling rugi

hari esok makin hampir,
aku masih lagi lalai
aku masih lagi leka dengan urusan duniawi
aku lupa pada urusan sebenar..

hari esok makin hampir
tolong ingatkan aku tika aku terleka,
kejutkan aku jika ku terlena
bangunkan aku jika ku terduduk
sedarkan aku tika ku terlalai,

maafkan aku jika aku terlupa memohon maaf

--selamat malam---

Sunday, February 27, 2011

The Half Bottle Black Pepper Chicken

Haluuu... dah beberapa hari tak update entry.. terlalu sibuk sangat nak update.. arini mood rajin-rajin ala-ala maid kat umah.. apa tak nya, pagi memasak untuk makan tengah hari, pastu kemas rumah.. sbb malas nak keluar g cari makanan kat luar.. so umah ku dah kembali bersih dari segala bakteria.. Eh hello... sebelum ni bukannya tak canti, tapi kurang kemas.. maklumlah org bujang kan? hehehe paham-paham sendiri lah yer.

*sekali masak, setengah botol aku letak..

Petang tadi housemate aku balik umah ajak g Summit sbb nak gunting rambut katanya.. tetapi bukannya ke Summit pun.. sampai kat Tesco aje.. niat awal nak gunting rambut terus jadi hari Shopping-shopping kat Tesco.. Beli ape? hehe beli kasut warna merah.. i like the kasut warna merah tu.. tetiba jalan2 kat lam Tesco, rasa cam nak masak lagi malam ni.. apa lagi terusla g cari apa yang nak di makan.. ermmm.. makan cik yam je la.. (ayam).. tapi nak masak ape ek? Yesss... Black Pepper.. ayam masak Black Pepper.. sedapkut.. tapi masalahnya ialah g cari sos black pepper pulak yang biasa aku beli xde kat pasaran tesco arini.. motif???? tak kan semua org nak masak black pepper kut? or McDonalds beli sos Black Pepper sampai habis sempena dengan Prosperity Burger aritu? aku pun tak tau lah.. jalan punya jalan.. dah penat kaki ni berjalan.. baru lah jumpa.. tapi bukan sos yang biasa.. tapi oklah tu daripada xde..
*aku bukan cam dia ni.. walaupun kecik tapi terer masak

Yang nak dijadikan cerita kat sini ialah, balik umah teruslah excited nak masak nih, siap dah potong bawang segala bagai, ayam pun dah cuci... then dah tiba masa tuk masuk dalam kuali.. OMG... setengah botol???? aku terlupa yang tu ialah sos Black Pepper bukannya sos tiram.. sos ni cair.. aku tuang dengan penuh semangat kat dalam kuali.. hehe.. jadilah menu masakan malam ni, ayam masak Black Pepper setengah botol.. ataupun dalam nama glamer dia.. The Half Bottle Black Pepper Chicken.. emmm sedaptak korang dengar? ade rase excited nak rasa tak? so inilah hasilnya.. huhuhu.. to my housemate, makan jelah ape yang ade ek? maklumlah, aku ni kan masih lagi Junior Master Chef.. hehe..
*masa untuk merasa The Half Bottle Black Pepper Chicken

tak pe.. nasib baik masuk setengah botol jer... kalo tertuang semua, sape yang nak jawab?????
so boleh ker aku bukak kedai cam ni? sebab tu lah aku tak nak bukak kedai makan... setakat masak untuk kawan kawan ngan sedara mara je lah..
:-)




Thursday, February 24, 2011

Geng-geng Kak Limah Glamer...

holla.... malam ni rasa nak glamer2 skit.. nak show off pakaian aku semasa kat ofis.. boleh ke? ahhh lantakla, ni blog aku yang punya.. :-) entry ni agak kusam tapi masih relevan kalau nak di GLAMkan dalam ni.. hehehe... feeling2 artis Hollywood jap.. okey.. first of all, ni semua adalah pakaian yang telah dipakai oleh Geng-geng KaK Limah semasa hadir ke Annual Dinner yang lepas.. GLAM tak GLAM sangatla, cuma terasa lain daripada yang lain...
Last year dengan tema King Hereos and apetah aku dah tak hingat, kitorang Geng-Geng Kak Limah pun turut serta dalm contest Theme Award yg di anjurkan.. mmg every year participate.. dis year tak tau lagi nak join or tak..
Sebbnya?????
penat teramat sgt...

*sebelum GLAM, kenelah renovate rupa paras dulu..

Baju bukan daripada tajaan Wan Pa, Rizman, ataupun Halt Dolmat.... tetapi dari Collection Why.. butik terletak berhampiran dengan ICT Shah Alam..
Pada malam Gala tersebut ramai yang melaram sakan, sebabnya nak rebut hadiah yang ditawarkan.. tetapi aku tak mo masukkan koleksi Geng-Geng yang lain, sebab tak nak bagi diorang Glamer kat Blog aku.. hehe.. so ini adalah ataranya....
so korang jangan tekejut melihat hasilnya nanti ye.. maklumlah sekali sekala Geng Kak Limah nak GLAM kan? Asyik pakai office attire jer... BOringgggg...

ini adalah kesan daripada make over Why Production terhadap diri aku.. heyyyy bukan yang seblah kanan tu okey... confirmlah yang seblah kiri ala-ala futuristic... .. (tapi baju tu ketat)

ini pulak adalah fesyen reben besar tak hingat dunia.. bagi dia, reben tu umpama crown MIss World.. katanya... KO MAMPU???? x kannnn....

yang ni pulak fesyen ukur lilit ala-ala lampu chandelier.. tapi yang paling meletop ialah Cat Women yang tengah Pose kelaparan.. maklumlah judging time bermula seawal pukul 12 tgh hari.. mekap pukul 8 pagi.. tapi dinner pukul 8 malam...

wah... kak mariam pun nak glemer jugak ni??? ni dari kampung mana ni? surabaya? langkasuka? akupun tak tau.. sebab dia bukan dari ahli kumpulan aku... yang penting.. mamat yang konon2 omputih kat belakang tu pun nak tumpang glemer guna camera aku.. hishhh...

Yesss... nilah masa yang ditunggu2... kitorang dah masuk dalam Dewan Di Mines Exibition Centre.. terasa macam nak pegi anugerah Grammy la.. GLAM yang teramat-amat sangat.. yang paling penting dapat Handpone... hehehehe...

ya.. inilah rupa Geng-Geng Kak Limah pada malam tersebut.. ada Miss India, ada Snow White, ada Lady Gaga.. ada OBIone Star Warssss.. and yang kat tengah2 tu sape? hah dialah yang menang kategori The Most Colourfull pada malam tersebut.. yang lain2 hanya dapat hadiah consolation.. jadilah tukan? baju sponsor, makan sponsr...dapat handphone.. pastu yang penting dapat Glamer.. hehe.. okey itu jer... kalo nak tengok yang lain-lain lagi... boleh view kat Facebook aku..


Wednesday, February 23, 2011

soley-soley punya cerita

"Hafiz..ko nak dengar satu petua x? jap g aku gtau ko.. tapi ko jangan tekejut" dari jauh aku dengar suara kakak ni panggil nama aku after ofis hour tadi.. aku pun cakap "ok". Nape tetiba nak bagi petua? hahaha.. insiden ni berlaku mungkin dia terdengar aku bersembang ngan ofis mate aku lagi sorang.. pasal kecantikan muka.. haipppp jangan ingat laki x jaga kecantikan okey.. n suddenly dia datang kat tempat aku ngan member aku ni bersembang..
"korang nak tau satu benda x? tapi kalau aku cakap jangan kasitau orang lain, malu" katanya..
aku agak terfikir2.. apakah yang cuba disampaikan olehnya..
"petua ni bapak aku yang bagi, dulu mukaaku penuh dengan jerawat, dah macam2 produk aku pakai, tapi sama ja" sembang dengan penuh semangat nih....
"apa kak?" aku ngan member aku tanya dia...
kekekekeke... dia gelak dulu...
"dengar benda ni macam pelik tapi berkesan, aku dah try seblum aku kahwin lagi, tengoklah hasilnya." sambil tunjukkan kulit muka dia yang agak2 sleeping beauty tu..
"okey, cara dia senang ja, tiap-tiap kali bangun pagi.. seblum mandi.. korang kena amik SOLEY SOLEY gosok kat muka.. "sambil gelak kuat2...
"hah!!! biar betul kak?" member aku tanya dalam keadaan tekejut beruk kat dia..
"betul, dulu aku tak caya, tapi aku dah try.. so oklah, tapi benda ni kena buat dengan niat yang betul..kalau yakin..insyaAllah menjadi..dengar macam kelakar tapi mmg betulla.." dia story dengan penuh semangat..
aku dah start bingung.. dalam pala otak aku.. apakah kaitan SOLEY SOLEY itu dengan kecantikan wajah?????? sampai sekarang aku dok pikir lagi.. tengah guna en-Google cari kesahihan cerita..
alangkah tekejutnya aku.. mmg ada org yang guna SOLEY SOLEY.. tapi itu semua atas keyakinan la.. jangan terlalu percaya sangat.. Biasalah tu, orang2 tua dulu kan banyak petua.. so rugilah kita kalo kita tak share dengan diorng..
cuba tanya, camner nak bagi gigi kekal sampai tua, tanpa guna gigi palsu? mesti diorg ada jawapan untuk soalan itu...
so... kalau nak tau SOLEY-SOLEY itu apa?????? erkkkk... perlu ke aku bagitau???? hehehe..
tak payah kut kan?


*beginilah rupanya kalau guna SOLEY-SOLEY tu kut..
picture ehsan drp en-google

Tuesday, February 22, 2011

Gagaga comel ke?



Entry for tonite dimulakan dengan gelak ketawa..
Hahahahaha.. why? sebabnya tadi kakak aku send gambar anaknya yang overdoss main mekap2 tengah malam.. isk2.. cun ke dik? hehehe.. lawakla.. sbb baru umur tak sampai 5 tahun skali ngan adik dia, main mekap2 tengah2 malam.. apa nak jadi ni? nak kata mak dia rajin mekap, tak kut? (mmg pun x rajin mekap).. tapi kelakar sbb kecik2 dah pandai.. rindula nk balik jumpa dengan budak2 nakal ni.. x pe, tunggu pertengahan bulan depan "uncle" balik.. uncle katanya.. :-) ye lah uncle, takkan aunty kut kan?
well aku mmg rapat dengan anak-anak saudara ku ini.. dari kecik lagi mmg selalu kena tgl ngan aku bila mak ayah dia nak g jln2.. cuma yang paling kecik je tak sempat aku nak jadi "baby sitter" sbb dh pindah balik SP.. isk.. kakak aku cakap, yang anak dia yang perempuan ni lebih hebat daripada abang2 dia.. hebat macam mana aku tak taulah.. tunggu je la balik nanti.. tak sabar nak balik kampung la.. tu anak2 buahku.. tunggu kepulangan pakngah mu ini yer.. nanti kita boleh pegi "konda-konda sekali".. hiks..
hah... inilah dia wajah kakaknya... "cantik tak saya?"
ni pulak adik nya.. "ada yang nak berkenalan?" :-)

p/s to my sis:
Gagagaga... hantar lah mms yang lain lagi..

Monday, February 21, 2011

Ada Apa Dengan Gemilang?

Nite nite.. tetiba entry terbaru aku untuk harini aku nak post pasal drama yang menbuatkan aku melekat kat depat tv tiap hari isnin 9mlm.. iaitu Gemilang.. drama terbaru arahan pengarah yang mempunyai gambar yang cantik2 iaitu Khbir Bhatia.. Mmg superb la.. gambar mmg cun abis.. scene yang menarik.. jalan cerita pun menarik.. tak sama dengan drama2 tv yang lain.. aku rasa apa yang membuatkan aku suka pasal drama ni ialah, jalan cerita best... lagi satu yang paling penting aku sudah jatuh cinta dengan cara pengarah ni amik gambar setiap scene.. Gila!!! mmg menarik.. tak perlu nak over2.. shoot satu scene pun aku dah boleh rasa feel disebalik gambar tu.. pendek kata mmg cun abis...
Drama yang mengStorykan about perjalanan anak muda yang bangkit untuk memartabatkan bangsa.. tak kira apa yang berlaku.. dia tetap dengan impian dia.. Dulu masa kecik-kecik dia susah.. kena tolong mak bapak dia pegi menoreh getah dgn adik beradik yang lain.. tak boleh pegi skolah..bukan xnak pegi, tapi tak mampu.. kesian aku tengok. tambah kesian apabila adik beradiknya yang lain, terpaksa diberikan kepada keluarga yang lain untuk jaga.. wowo.. so touching..time tu rasa macam acah-acah nak menangis.. tapi still leh cover.. aku sedih sbb cam ner boleh bagi adik-adiknya pada org lain hah? giler ko.. tapi itu yang terpaksa dilakukan oleh ayahnya.. demi masa depan anak-anaknya...
Hurm... bila dah besar.. impian anak muda yang bernama saif untuk berbakti pada anak-anak kampungnya itu.. adalah geng2 Saif yang turut membantu.. tapi tak kan drama pasal nak Skolah jadi cikgu je kan? mesti ada babak cinta jugak.. baru syokkk... hehehe.. well drama ni, bagi akulah kan, babak cinta yang cuba disampaikan masih boleh di terima akal.. sbb tak setiap masa asyik nak bercinta jer.. ada jugak masa untuk buat benda2 lain..itu yang buatkan aku tak boring tengok cite ni.. kalo tengok kat drama tv yang lain.. kalau boleh 24/7 asyik nak babak cinta jer.. kalau cam tu baik tak yah buat drama.. fokus cinta sudehhh..
Apa-apapun aku tak sabar nak tunggu apakah kesudahan Gemilang ni.. anyway to Khabir Bhatia.. u mmg talented la.. drama ko mmg best.. yang penting.. Gambar dalam setiap scene buatkan aku jatuh cinta dengan seni fotografi..
Bilalah aku boleh amik gambar yang superb cam tu kan? okey olsss... enjoy the Drama k..
directly credited to kamal adli..

Sunday, February 20, 2011

Why Monday?


Owh no.. esok dah hari isnin.. Hari Bekerja sedunia.. mata masih lagi tak mo lelap tdo.. apakah yang sedang aku fikirkan? Haha sudah tentu kerja yang bertimbun2 bagaikan Gunung.. Cam ne nak buat ni? aku perlukan robot untuk membantuku.. Bila fikirkan hari isnin, mulalah timbul perasaan malas ni.. Ma
las sangat2.. teramat sangat.. sukar digambarkan dengan lensa kamera..
*kiralah berapa ekor kambing pun... sama je

Mata tolonglah mengantuk cepat sikit.. sekarang ni aku kena penyakit susah nak tdo malam.. tak tau kenapa. susah sangat. Orang cakap, jangan tdo di siang hari.. manede aku tdo pun.. Kalau nak mengantuk baca buku.. aku try gak baca buku, habis bermuka-muka surat..tapi lagi segar..
Nak kena kosongkan fikiran.. Itu yang aku tak berjaya nak buat lagi.. Ingat senang kosongkan fikiran? lainlah kalau kepala otk ni buleh di reset dan di format macam lap top ni kan? Tiap-tiap malam kalo nak tdo, format jer..
Apa-apapun, esok mesti masuk kerja dengan semangat (walaupun tidak). Tiap-tiap hari kena ada passion ( sama ja bagi aku). Arghh.... aku x suka tengok report yang panjang berjela-jela, dan nak kena siapkan report..
*ini akan terjadi esok kalo x dpt tdo..

Damn.. xyah lunch and boleh balik awal.. (jangan haraplah)..
Okey.. esok mulakan so malam ni nak kena senyum banyak-banyak supaya Happy masuk keja esok..
Gud nite...

Family Vacation

Betul2 dah tak boleh tahan nak balik kampung.. perasaan rindu aku kat family semua makin kuat.. seingta aku, last aku balik kampung pd bulan 10 lepas kut.. agak lama jugak tu.. time tu pun balik sbb, nak garthering family.. al-kisahnya adik yang kat sarawak balik bercuti.. alang-alang dah balik kampung masa tu, terus plan dalam kepala otak untuk bwk semua ahli keluarga bercuti kat Pulau Langkawi.. jadilah kan?

Biasanya kalau balik kampung, ada dua pilihan je.. sama ada balik naik bas ataupun naik keretapi.. kalau nak rasa jalan lama skit..lagi best naik keretapi.. puas skit.. tapi kalu urgent..baik naik bas, lagi cepat. Tapi aku suka naik keretapi, sbb boleh amik seat yg leh tdo.. so tak bayah nak bersandar sambil tdo.. baring je terus...
Sambil keretapi jalan, sempat lagi ni amik gambar.. semuanya sbb nak masukkan dalam blog ataupun fb.. ekekeke.. ingat.. setiap perjalanan itu ialah memori yang susah nak dirakam semula.. so aku mmg susah nak tinggalkan kamera aku skang ni.. kemana saja pasti aku bwk kamera.. kalo x bwk DSLR, kompak LUMIX pun jadilah.. asalkan ada..
Setibanya kat kampung... tanpa mengambil masa yang lama, terus inform semua ahli keluarga untuk lapangkan masa di hujung minggu.. sbb nak bercuti kat Pulau Langkawi.. nasib baiklah Pulau Langkawi ni dekat lah jugak dengan umah aku.. so ni pilihan yang terbaiklah..


Naik bot kat Kuala Perlis agak lewat, lebih kurang pukul 11 lebih kut.. maklumlah kakak aku ni ada anak kecik.. so paling lama nak nak packing barang untuk anak-anak dia. Dari malam lagi semua dah excited nak ke sana.. budak2 biasalah tu.. semua benda excited.. (akupun sama). Tambang untuk ke Pulau Langkawi untuk dewasa rm 18, dan untuk kanak-kanak RM12 dari jeti Kuala Perlis.. Kat dalam feri tu lebih kurang 45 minit kut.. aku tak sedar sangat sbb tertido.. Sampai je kat jeti Langkawi, terus amil trolli untuk letak bag.. tapi cuba tengok kat gambar tu.. bukan takat bag dia boleh letak, budak2 pun boleh naik sama... apa-apa jelah... asalkan hepy.. Tapi mereka mmg hepy.. (syoknya jadi budak-budak).
Mission pertama ialah cari kereta sewa.. mula-mula ingat nak amik van.. tapi dah naik separuh jalan, terpaksa patah balik g tukar amik kereta pulak.. alkisahnya sbb van tu macam van nak pegi hantar barang ke kilang.. Buruk ya amat.. buruk xpe, air-cond pun xdak.. wahai pengusaha kereta sewa kat Langkawi.. itu last ye kami amik keta ngan hangpa semua.. Dah tukar van.. amik kereta 2 bijik.. Then after that, terus menuju ke Chenang untuk cek in chalet.. Chalet tu aku tak ingat lah nama dia... Sugar Sands kut.. tapi aku ingat kat Pantai Chenang.. menarik jugak... sbb dekat dengan pantai.. ARghh.... leganya dapat dok kat sini.. ilang tekanan..tambah pulak bilik dekat dengan pantai.. so apa lagi terus g usha sekeliling alam dulu.. survey tempat untuk "Snap-snap".
Tanpa membuang masa, lepas cek in dan berehat, lunch and semayang.. aktiviti keluarga di teruskan ke Pulau ini.. merat-rata pegi.. tapi tak sesat pun, sbb pusing-pusing kat situ jgak. Pulau ni kecik je... Jalan-jalan sekeliling.. singgah kat beras terbakar.. ermmm.. apa yang best kat sini? hanya tempat beli-belah.. itu je yang aku leh cakap.. hehe..
*posing ngan anak-anak buah aku jap...


Arghhhh.... penatnya, dah la panas.. naik bukit turun bukit masa kat kabel car.. dah tak larat, lagipun dah petang.. balik chalet terus..
Alang-alang masih ada matahari di waktu petang ni, baik turun jap...g mandi.. tapi aku tak mandi pun.. malas sbb takut Sun Burn... :-).. sangat kan? hanya adik-adik aku dgn anak-anak kakak aku aje yang mandi.. yang lain dok kat tepi pantai tengok keindahan pantai..
Inilah aksi yang agak menjadi, dengan cubaan pertama menggunakan kecanggihan kamera ku.. aku tak penah try.. saja nak cuba.. menjadi jugak kut.. main Shutter Speed.. tapi aku masih tak puas hati, sbb gambar x sharp sgt.. arghhh.. xpe cuba lagi.. ada lagi sebenarnya, tapi ini jelah yang aku dpt tunjukkan. Haha.. yes! yes !
Alangkah bestnya kalau dapat selalu macam ni.. setiap bulan amik cuti.. best kan? tapi tunggu kalau aku ada company sendiri dululah kut.. kalau takat kuli, jangan haraplah.. selagi tak tutup mata, kerja, kerja dan kerja lagi.
Time ni lah btul-btul aku dapat meringankan terus kepala otak aku dengan bebanan kerja.. aku tak ingat lagsung pasal kerja.. lupa abis.. enjoy dengan percutian dan kamera.. Haha.
back to our story, ingat petang tu nak amik gambar sunset, tapi cuaca kurang eloklah, dok tunggu punya tunggu, matahari masih lagi malu-malu nak tonjolkan diri dia.. takat ala-ala je pun.. Huh.. itu yang dapat aku amik..

Ibu dan anak sedang merenung masa depan.. (jangan mare ye)
aku suka pic ni..
Yang ni pulak, konon-konon nak buat moment dalam Black n white.. tapi hampeh.. viewnya agak kurang menarik skit la.. but i still love dis picca.
Apa-apapun percutian dengan family baru-baru ni mmg best.. aku agak berpuas hati walaupun kaka aku kena balik awal skit sbb dia kena pegi sekolah..
Kalau sampai kat sini tak sah lah kan, kalu nak bershopping benda ni.. tau x? aku habis lebih kurang RM300 beli cokelat.. tapi bukan untuk aku.. semua ni untuk ofismate aku.. adoi.. dah le berat. nasib baik depa tak pesan pinggan mangkuk.. kalo x PENGSAN aku nak bawak.. Coklat saja pun dah satu beg besar.. Giler murah.. MUrah ker? Oklah kut berbanding ngan kat sini...
Ya itu sahaja yang dapat aku simpan sebagai kenangan ku kat Blog ni.. hope one day bila baca balik, aku akan teringat balik.. ape-apepun Pulau Langkawi mmg best.. Cantik dan agak panas.. nanti kalu ada masa aku akan cuba masukkan gambar-gambar lagi.. skang ni, takat tangkap muat je..
Okey, Ingat...
Semalam adalah kenangan,
hari ini adalah kenyataan,
esok adalah harapan..


Video Pictures...
Yes.. I'll be back here soon... :-)



<

Saturday, February 19, 2011

once upon a time...



“I feel so blessed when I think of you
And I asked Allah to bless all we do
You’re my wife and my friend and my strength
And I pray we’re together in Jannah

All I know I found myself
I feel so strong
Yes every thing was changed when you came along
And there’s a couple of words I want to say”

Lagu dari maher zain..


*aku harap next month ada improvement

Lately aku ni terlalu lemah sangat dengan tekanan tempat kerja. Sakit pala, stress.. tapi aku cuba untuk cool.. kadang2 tak boleh jugak.. lagi cuba nak cool, lagilah tekanan. Aku bukannya tak biasa kerja dengan org yang terlalu nak kan semua benda perfect. Last time pun aku pernah kerja dengan perangai manusia yang macam tu. Tapi kali ni, lagi hebat daripada dulu. Aku tertalu stress sbb nak fikirkan semua benda aku kena buat dengan “perfect”. Tak boleh salah wlaupun sikit.. huh… L. Mmg ada lah perangai manusia mcm ni dalam dunia.. bukan x boleh nak fikir semua benda kena buat perfect.. tapi agak2lah sikit. Kehendak manusia semuanya bukannya sama. Asalkan dah ikut apa yang perlu cukuplah.. tak kan sampai semua benda nak kena ikut selera dia kut. Arghhhh.. tekanan aku. Nak senyum pun dah susah. tapi in other way, bagus jugak..

Life skarang tak macam dulu, agak culture shock dgn department baru. Masuk awal, balik kerja lambat.. tapi masih tak siap2 lagi. Adakah masa harus di salahkan? Tidak sama sekali, sbb masa sama saja.. setiap org guna jam yg sama..Cuma tak pandai nak urus masa dengan betul jer.. tak per, mungkin sebulan dua je kut, lepas ni dah back to normal.. sementara nak biasakan diri dengan environment baru.

*kenangan kat kuching

So harini cuti, aku nak dok umah je.. nak settlekan gambar yang tergendala. Harap2 dapat lah aku siapkan paling cepatpun esok. Owh no… esok besday member baik aku.. oney.. Oney, tahun ni kita tak dapat nak celebrate besday macam dulu2 lagi kan? Maklumlah kehidupan awak skarang dah lain, tak macam dulu lagi.. semuanya dah berubah.. woiiittt!!!! Cepatnya masa berlalu. Bila kita nak g vacation mcm dulu2 lagi ni???? Boleh ka lagi? ( walaupun dah tau jawapan dia, tak boleh). Huhu.. xpe asalkan awak bahgia yer..

time dulu-dulu sibuk menyanyi
rasa-rasanya ni last kita amik gambar berdua kot....


Tapi ingat, banyak sangat kenangan kita time dulu2.. sampai ke Sarawak kita sampai.. semuanya gara-gara “Show”.. miss dat moment friend. Susah, gembira, cerita kekar, semuanya sama-sama kan? Tapi semuanya ilang disebabkan satu insiden.. ahh benci pulak aku ingat benda tu. Btw oney.. aku harap one day, b4 ko kawin kita pegi vacation lagi ek? J.. happy besday my friend



Wednesday, February 16, 2011

aku nak bercutiiiii

Lalalalaa... penat lah bekerja.. aku perlukan masa untuk berehat seketika. kalau tiap2 hari bekerja pun badan akan jadi penat. aku perlukan masa untuk diriku sendiri.. sekarang ni aku mmg dah xde masa langsung untuk diri sendiri.. keluar rumah masuk ofis awal, balik lewat.. banyak benda nak kena blajar dalam masa yang singkat.. everything about "Due Date".. adoi!!!!
Letihla.. dulu bolehla main2.. tapi sekarang semenjak dah tukar department, aku dah x boleh macam dulu lagi.. semua nak kena up date.. tak boleh nak tertinggal langsung.
Dalam kepala otak aku asyik ingat nak pegi bercuti kat pulau2 yang sunyi dari hiruk pikuk kota.. hmmmmmm, sbb kat sana jauh dari kota metropolitan... hanya boleh dengar desiran ombak jer... fuhhhhh bestnya.. RELAX... tapi masih lagi tak tau kemana nak bawak diri ini untuk pergi bercuti.. last time aku dah penah jejak Pulau Tioman, but kali ni nak jugak rase pegi pulau2 yang lain pulak.. orang cakap daripada pegi bercuti kat pulau, baik pegi Medan ke, Bandung ke, Bali ker.... ahhhhh... buat ape? aku bukannya nak pegi bershopping.. kalau nak bershopping, kat sini pun boleh..
Biasanya kalau nak pegi pulau2 yang cantik kat mana ek? selain dari tioman, pangkor n langkawi? any idea? arghhhh... semakin aku tak sabar nak bercuti.... bilalah tarikh yang sesuai untuk buat semua benda ni???? aku tengah bayangkan lepak kat pulau, pegi snokling, tengok sunset.... mak ai.... ilang sekejap bab keja.. makin lama makin berat kepala otak aku ni.. Harap2 dalam masa terdekat ni aku akan dapat bercuti jugak.. YesssSss!!!!.... Myfriends... any idea?
kalo ada idea yang menarik bagitau kat aku.. kita arrangkan benda ni...
"I Need Holiday"

Tuesday, February 15, 2011

I Misss My Hometownnnn

Arghhhhh... aku rindu kat kampung halamanku..

Inilah Hobi Aku....

Asslamualaikum... dimulakan dengan bismillah.....
Alhamdulillah, pada 30 January yang lepas aku berpeluang untuk merakamkan detik2 manis member aku melangsungkan perkahwinan.. Ini adalah cubaan yang pertama daripadaku.. Walaupun sedikit gemuruh, tapi aku berusaha untuk buat yang terbaik.. Sudah sekian lama aku simpan hasrat untuk merakamkan detik2 indah sekelian alam ini... Memang minatku ini aku berangan2 nak jadikan satu kerjaya satu hari nanti.. Walaupun aku bermula agak lambat, namun, aku tau bahawa ada rezeki kat mana2.. Aku tak pernah belajar secara langsung ilmu fotografi.. tetapi atas minat dan dorongan kawan2, aku try.. manatau ianya menjadi..
Pada kali pertama aku melangkah kerumah penganti, aku rasa gemuruh sangat2.. Adoiiii... maklumlah aku ni newbiesss lagi dengan kamera.. pakai main hantam kromo jer.. aku try an error.. di setiap sudut aku cuba untuk mendapatkan shoot yang menarik.. aku dah bagitau kat member aku tu, aku ni tak terror.. tapi dia nak jugak hasil seni aku ni di jadikan kenangan yang terindah untuknya.. terima kasih pada Siti Umirah & Sulaiman sbb bagi peluang ni.. nak merakamkan gambar bukannya senang.. banyak aspek yang perlu diberi perhatian.. dari mula sampailah habis.. bukan jenis kamera yang menjadi aspek utama..tetapi sejauh manakah seseorang fotographer itu mampu untuk mengambil gambar mengikut kreativitinya yang tersendiri.. itulah yang selalu di cakapkan oleh rakan2 kaki kamera ku... jenis kamera dan juga gear yang digunakan hanyalah sebagai sokongan tambahan untuk mendapatkan hasil yang superb.. bagi aku yang baru nak berjinak2 lagi ni, cukuplah hanya berbekalkan speedlight jer.. lense pun masih lagi guna kits punya.. Xpe.. slow2 la...




Alhamdulillah, hasil daripada job aku dihari tersebut, setakat ni aku dah mula dapat job2 yang lain.. tapi aku masih lagi x berani nak try..
every moth ade jer tempahan.. mmglah boleh buat duit, tapi jangan harap nak memandai2 kalo masih baru nak bermula.. aku harap tahun ini kan jadikan aku lebih berjaya dengan hobi baruku ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...