Monday, February 21, 2011

Ada Apa Dengan Gemilang?

Nite nite.. tetiba entry terbaru aku untuk harini aku nak post pasal drama yang menbuatkan aku melekat kat depat tv tiap hari isnin 9mlm.. iaitu Gemilang.. drama terbaru arahan pengarah yang mempunyai gambar yang cantik2 iaitu Khbir Bhatia.. Mmg superb la.. gambar mmg cun abis.. scene yang menarik.. jalan cerita pun menarik.. tak sama dengan drama2 tv yang lain.. aku rasa apa yang membuatkan aku suka pasal drama ni ialah, jalan cerita best... lagi satu yang paling penting aku sudah jatuh cinta dengan cara pengarah ni amik gambar setiap scene.. Gila!!! mmg menarik.. tak perlu nak over2.. shoot satu scene pun aku dah boleh rasa feel disebalik gambar tu.. pendek kata mmg cun abis...
Drama yang mengStorykan about perjalanan anak muda yang bangkit untuk memartabatkan bangsa.. tak kira apa yang berlaku.. dia tetap dengan impian dia.. Dulu masa kecik-kecik dia susah.. kena tolong mak bapak dia pegi menoreh getah dgn adik beradik yang lain.. tak boleh pegi skolah..bukan xnak pegi, tapi tak mampu.. kesian aku tengok. tambah kesian apabila adik beradiknya yang lain, terpaksa diberikan kepada keluarga yang lain untuk jaga.. wowo.. so touching..time tu rasa macam acah-acah nak menangis.. tapi still leh cover.. aku sedih sbb cam ner boleh bagi adik-adiknya pada org lain hah? giler ko.. tapi itu yang terpaksa dilakukan oleh ayahnya.. demi masa depan anak-anaknya...
Hurm... bila dah besar.. impian anak muda yang bernama saif untuk berbakti pada anak-anak kampungnya itu.. adalah geng2 Saif yang turut membantu.. tapi tak kan drama pasal nak Skolah jadi cikgu je kan? mesti ada babak cinta jugak.. baru syokkk... hehehe.. well drama ni, bagi akulah kan, babak cinta yang cuba disampaikan masih boleh di terima akal.. sbb tak setiap masa asyik nak bercinta jer.. ada jugak masa untuk buat benda2 lain..itu yang buatkan aku tak boring tengok cite ni.. kalo tengok kat drama tv yang lain.. kalau boleh 24/7 asyik nak babak cinta jer.. kalau cam tu baik tak yah buat drama.. fokus cinta sudehhh..
Apa-apapun aku tak sabar nak tunggu apakah kesudahan Gemilang ni.. anyway to Khabir Bhatia.. u mmg talented la.. drama ko mmg best.. yang penting.. Gambar dalam setiap scene buatkan aku jatuh cinta dengan seni fotografi..
Bilalah aku boleh amik gambar yang superb cam tu kan? okey olsss... enjoy the Drama k..
directly credited to kamal adli..

2 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...