Asslamualaikum... dimulakan dengan bismillah.....
Alhamdulillah, pada 30 January yang lepas aku berpeluang untuk merakamkan detik2 manis member aku melangsungkan perkahwinan.. Ini adalah cubaan yang pertama daripadaku.. Walaupun sedikit gemuruh, tapi aku berusaha untuk buat yang terbaik.. Sudah sekian lama aku simpan hasrat untuk merakamkan detik2 indah sekelian alam ini... Memang minatku ini aku berangan2 nak jadikan satu kerjaya satu hari nanti.. Walaupun aku bermula agak lambat, namun, aku tau bahawa ada rezeki kat mana2.. Aku tak pernah belajar secara langsung ilmu fotografi.. tetapi atas minat dan dorongan kawan2, aku try.. manatau ianya menjadi..
Pada kali pertama aku melangkah kerumah penganti, aku rasa gemuruh sangat2.. Adoiiii... maklumlah aku ni newbiesss lagi dengan kamera.. pakai main hantam kromo jer.. aku try an error.. di setiap sudut aku cuba untuk mendapatkan shoot yang menarik.. aku dah bagitau kat member aku tu, aku ni tak terror.. tapi dia nak jugak hasil seni aku ni di jadikan kenangan yang terindah untuknya.. terima kasih pada Siti Umirah & Sulaiman sbb bagi peluang ni.. nak merakamkan gambar bukannya senang.. banyak aspek yang perlu diberi perhatian.. dari mula sampailah habis.. bukan jenis kamera yang menjadi aspek utama..tetapi sejauh manakah seseorang fotographer itu mampu untuk mengambil gambar mengikut kreativitinya yang tersendiri.. itulah yang selalu di cakapkan oleh rakan2 kaki kamera ku... jenis kamera dan juga gear yang digunakan hanyalah sebagai sokongan tambahan untuk mendapatkan hasil yang superb.. bagi aku yang baru nak berjinak2 lagi ni, cukuplah hanya berbekalkan speedlight jer.. lense pun masih lagi guna kits punya.. Xpe.. slow2 la...
Alhamdulillah, hasil daripada job aku dihari tersebut, setakat ni aku dah mula dapat job2 yang lain.. tapi aku masih lagi x berani nak try..
every moth ade jer tempahan.. mmglah boleh buat duit, tapi jangan harap nak memandai2 kalo masih baru nak bermula.. aku harap tahun ini kan jadikan aku lebih berjaya dengan hobi baruku ini...
No comments:
Post a Comment