Monday, February 28, 2011

HaRi eSok MaKiN HaMpir.


hari esok makin hampir
aku masih lagi berjalan
tidak mampu untuk berlari
andai ada poket masa,
akan ku undur segalanya

hari esok makin hampir
aku masih lagi memandang
tidak mampu untuk mengejar
andai ada pintu masa
akan ku terus ke sana

hari esok makin hampir
aku masih lagi disini
andai esok hari terakhir
akulah insan yang paling rugi

hari esok makin hampir,
aku masih lagi lalai
aku masih lagi leka dengan urusan duniawi
aku lupa pada urusan sebenar..

hari esok makin hampir
tolong ingatkan aku tika aku terleka,
kejutkan aku jika ku terlena
bangunkan aku jika ku terduduk
sedarkan aku tika ku terlalai,

maafkan aku jika aku terlupa memohon maaf

--selamat malam---

2 comments:

  1. "tolong ingatkan aku" <--ana rafali..hihi

    cik ana folow iz ye ^^
    jemput ke blog cik ana..hihi
    recent post : |FELDA GUNUNG BESOUT???|

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...