Wednesday, February 23, 2011

soley-soley punya cerita

"Hafiz..ko nak dengar satu petua x? jap g aku gtau ko.. tapi ko jangan tekejut" dari jauh aku dengar suara kakak ni panggil nama aku after ofis hour tadi.. aku pun cakap "ok". Nape tetiba nak bagi petua? hahaha.. insiden ni berlaku mungkin dia terdengar aku bersembang ngan ofis mate aku lagi sorang.. pasal kecantikan muka.. haipppp jangan ingat laki x jaga kecantikan okey.. n suddenly dia datang kat tempat aku ngan member aku ni bersembang..
"korang nak tau satu benda x? tapi kalau aku cakap jangan kasitau orang lain, malu" katanya..
aku agak terfikir2.. apakah yang cuba disampaikan olehnya..
"petua ni bapak aku yang bagi, dulu mukaaku penuh dengan jerawat, dah macam2 produk aku pakai, tapi sama ja" sembang dengan penuh semangat nih....
"apa kak?" aku ngan member aku tanya dia...
kekekekeke... dia gelak dulu...
"dengar benda ni macam pelik tapi berkesan, aku dah try seblum aku kahwin lagi, tengoklah hasilnya." sambil tunjukkan kulit muka dia yang agak2 sleeping beauty tu..
"okey, cara dia senang ja, tiap-tiap kali bangun pagi.. seblum mandi.. korang kena amik SOLEY SOLEY gosok kat muka.. "sambil gelak kuat2...
"hah!!! biar betul kak?" member aku tanya dalam keadaan tekejut beruk kat dia..
"betul, dulu aku tak caya, tapi aku dah try.. so oklah, tapi benda ni kena buat dengan niat yang betul..kalau yakin..insyaAllah menjadi..dengar macam kelakar tapi mmg betulla.." dia story dengan penuh semangat..
aku dah start bingung.. dalam pala otak aku.. apakah kaitan SOLEY SOLEY itu dengan kecantikan wajah?????? sampai sekarang aku dok pikir lagi.. tengah guna en-Google cari kesahihan cerita..
alangkah tekejutnya aku.. mmg ada org yang guna SOLEY SOLEY.. tapi itu semua atas keyakinan la.. jangan terlalu percaya sangat.. Biasalah tu, orang2 tua dulu kan banyak petua.. so rugilah kita kalo kita tak share dengan diorng..
cuba tanya, camner nak bagi gigi kekal sampai tua, tanpa guna gigi palsu? mesti diorg ada jawapan untuk soalan itu...
so... kalau nak tau SOLEY-SOLEY itu apa?????? erkkkk... perlu ke aku bagitau???? hehehe..
tak payah kut kan?


*beginilah rupanya kalau guna SOLEY-SOLEY tu kut..
picture ehsan drp en-google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...