Sunday, February 20, 2011

Family Vacation

Betul2 dah tak boleh tahan nak balik kampung.. perasaan rindu aku kat family semua makin kuat.. seingta aku, last aku balik kampung pd bulan 10 lepas kut.. agak lama jugak tu.. time tu pun balik sbb, nak garthering family.. al-kisahnya adik yang kat sarawak balik bercuti.. alang-alang dah balik kampung masa tu, terus plan dalam kepala otak untuk bwk semua ahli keluarga bercuti kat Pulau Langkawi.. jadilah kan?

Biasanya kalau balik kampung, ada dua pilihan je.. sama ada balik naik bas ataupun naik keretapi.. kalau nak rasa jalan lama skit..lagi best naik keretapi.. puas skit.. tapi kalu urgent..baik naik bas, lagi cepat. Tapi aku suka naik keretapi, sbb boleh amik seat yg leh tdo.. so tak bayah nak bersandar sambil tdo.. baring je terus...
Sambil keretapi jalan, sempat lagi ni amik gambar.. semuanya sbb nak masukkan dalam blog ataupun fb.. ekekeke.. ingat.. setiap perjalanan itu ialah memori yang susah nak dirakam semula.. so aku mmg susah nak tinggalkan kamera aku skang ni.. kemana saja pasti aku bwk kamera.. kalo x bwk DSLR, kompak LUMIX pun jadilah.. asalkan ada..
Setibanya kat kampung... tanpa mengambil masa yang lama, terus inform semua ahli keluarga untuk lapangkan masa di hujung minggu.. sbb nak bercuti kat Pulau Langkawi.. nasib baiklah Pulau Langkawi ni dekat lah jugak dengan umah aku.. so ni pilihan yang terbaiklah..


Naik bot kat Kuala Perlis agak lewat, lebih kurang pukul 11 lebih kut.. maklumlah kakak aku ni ada anak kecik.. so paling lama nak nak packing barang untuk anak-anak dia. Dari malam lagi semua dah excited nak ke sana.. budak2 biasalah tu.. semua benda excited.. (akupun sama). Tambang untuk ke Pulau Langkawi untuk dewasa rm 18, dan untuk kanak-kanak RM12 dari jeti Kuala Perlis.. Kat dalam feri tu lebih kurang 45 minit kut.. aku tak sedar sangat sbb tertido.. Sampai je kat jeti Langkawi, terus amil trolli untuk letak bag.. tapi cuba tengok kat gambar tu.. bukan takat bag dia boleh letak, budak2 pun boleh naik sama... apa-apa jelah... asalkan hepy.. Tapi mereka mmg hepy.. (syoknya jadi budak-budak).
Mission pertama ialah cari kereta sewa.. mula-mula ingat nak amik van.. tapi dah naik separuh jalan, terpaksa patah balik g tukar amik kereta pulak.. alkisahnya sbb van tu macam van nak pegi hantar barang ke kilang.. Buruk ya amat.. buruk xpe, air-cond pun xdak.. wahai pengusaha kereta sewa kat Langkawi.. itu last ye kami amik keta ngan hangpa semua.. Dah tukar van.. amik kereta 2 bijik.. Then after that, terus menuju ke Chenang untuk cek in chalet.. Chalet tu aku tak ingat lah nama dia... Sugar Sands kut.. tapi aku ingat kat Pantai Chenang.. menarik jugak... sbb dekat dengan pantai.. ARghh.... leganya dapat dok kat sini.. ilang tekanan..tambah pulak bilik dekat dengan pantai.. so apa lagi terus g usha sekeliling alam dulu.. survey tempat untuk "Snap-snap".
Tanpa membuang masa, lepas cek in dan berehat, lunch and semayang.. aktiviti keluarga di teruskan ke Pulau ini.. merat-rata pegi.. tapi tak sesat pun, sbb pusing-pusing kat situ jgak. Pulau ni kecik je... Jalan-jalan sekeliling.. singgah kat beras terbakar.. ermmm.. apa yang best kat sini? hanya tempat beli-belah.. itu je yang aku leh cakap.. hehe..
*posing ngan anak-anak buah aku jap...


Arghhhh.... penatnya, dah la panas.. naik bukit turun bukit masa kat kabel car.. dah tak larat, lagipun dah petang.. balik chalet terus..
Alang-alang masih ada matahari di waktu petang ni, baik turun jap...g mandi.. tapi aku tak mandi pun.. malas sbb takut Sun Burn... :-).. sangat kan? hanya adik-adik aku dgn anak-anak kakak aku aje yang mandi.. yang lain dok kat tepi pantai tengok keindahan pantai..
Inilah aksi yang agak menjadi, dengan cubaan pertama menggunakan kecanggihan kamera ku.. aku tak penah try.. saja nak cuba.. menjadi jugak kut.. main Shutter Speed.. tapi aku masih tak puas hati, sbb gambar x sharp sgt.. arghhh.. xpe cuba lagi.. ada lagi sebenarnya, tapi ini jelah yang aku dpt tunjukkan. Haha.. yes! yes !
Alangkah bestnya kalau dapat selalu macam ni.. setiap bulan amik cuti.. best kan? tapi tunggu kalau aku ada company sendiri dululah kut.. kalau takat kuli, jangan haraplah.. selagi tak tutup mata, kerja, kerja dan kerja lagi.
Time ni lah btul-btul aku dapat meringankan terus kepala otak aku dengan bebanan kerja.. aku tak ingat lagsung pasal kerja.. lupa abis.. enjoy dengan percutian dan kamera.. Haha.
back to our story, ingat petang tu nak amik gambar sunset, tapi cuaca kurang eloklah, dok tunggu punya tunggu, matahari masih lagi malu-malu nak tonjolkan diri dia.. takat ala-ala je pun.. Huh.. itu yang dapat aku amik..

Ibu dan anak sedang merenung masa depan.. (jangan mare ye)
aku suka pic ni..
Yang ni pulak, konon-konon nak buat moment dalam Black n white.. tapi hampeh.. viewnya agak kurang menarik skit la.. but i still love dis picca.
Apa-apapun percutian dengan family baru-baru ni mmg best.. aku agak berpuas hati walaupun kaka aku kena balik awal skit sbb dia kena pegi sekolah..
Kalau sampai kat sini tak sah lah kan, kalu nak bershopping benda ni.. tau x? aku habis lebih kurang RM300 beli cokelat.. tapi bukan untuk aku.. semua ni untuk ofismate aku.. adoi.. dah le berat. nasib baik depa tak pesan pinggan mangkuk.. kalo x PENGSAN aku nak bawak.. Coklat saja pun dah satu beg besar.. Giler murah.. MUrah ker? Oklah kut berbanding ngan kat sini...
Ya itu sahaja yang dapat aku simpan sebagai kenangan ku kat Blog ni.. hope one day bila baca balik, aku akan teringat balik.. ape-apepun Pulau Langkawi mmg best.. Cantik dan agak panas.. nanti kalu ada masa aku akan cuba masukkan gambar-gambar lagi.. skang ni, takat tangkap muat je..
Okey, Ingat...
Semalam adalah kenangan,
hari ini adalah kenyataan,
esok adalah harapan..


Video Pictures...
Yes.. I'll be back here soon... :-)



<

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...