Tuesday, September 15, 2009

Friends????

"kawan..jangan main api...nanti terbakar diri.." antara bait2 lagu daripada Francesca Peter satu masa dahulu..lagu yang begitu bermakna pada sebuah perhubungan persahabatan..tidak dijangka lama2 berkawan terasa bagaikan bersaudara..tapi sedarkah kita bahawa kekadang, kerana terlalu menjaga hati dan perasaan org lain akan memakan diri sendiri? itulah yg terjadi..tapi ini lumrahlah pada mereka yang berkawan. Hidup di dunia ini hanya sekali..jadi pilihlah jalan yang membahagiakan kita..sedih, tawa, gembira semuanya dirasai.. semakin lama kita berkawan, semakin menguji tahap persahabatn kita kan? Ada org mengatakan bahawa, berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu... Tapi bagi aku, quality is the most important than quantity...tul tak? berkawan ramai pun tapi kalo kita tak gembira buat ape kan? biarlah daripada berkawan seorang yang mempunyai nilai persahabatan yg tinggi..
erti kawan mmg susah untuk di tafsirkan..org cakap, kawan time gembira ramai..tapi kawan time kita bersedih ade ke? sikit je kan? sedih sangat..ade cerita kawan makan kawan, macam2 lagilah..tapi kenapa perlu ada kawan? supaya hidup kita ini tidak sunyi dan sepi..kita boleh share segalanya dgn kawan kita..tapi adakah kawan kita itu mngerti dgn apa yg kita lalui..ada yg berpura2 dan ada yg bersungguh2..susah nak ckp..aku terlalu percaya pada nilai sebuah persahabatn..tetapi setelah kawan sendiri mula sangsi dgn apa yg aku buat.. itulah yang menbuatkan nilai seorg kawan itu hilang.. mudah sangat ker org nak percaya kat kita? tak kan? mudah sangat ker org nak amik berat ttg kita? tak kan? semuanya mudah untuk di jawab.. berkawan serapat manapun, tetapi bila hati ini dah mula ada perasaan syak wasangka, ia akan mencacatkan lagi nilai persahabatan tersebut..
8.00 pm : berkumpul di mamak. (excited sgt sbb dah lama tak berkumpul cam ni)
tapi berlaku sebaliknya, sbb ada syak wasangka antara sahabat,
sebenarnya tak perlu kan? masa berjumpa tadi aku tak expect langsung
isu begini akan berbangkit.. tapi tak sangka, berbaik dgn org ini yg berlaku.
8.00lebih :teruskan bersembang, mula bertanyakan soal hati dan perasaan. aku pun
tak paham, kenapa isu macam ni boleh muncul..secara tiba2 aku rasakan
apa yang aku buat selama ini hanya sia2..tak sangka, org mula
mempertikaikan apa yg aku buat.
aku tak kisah apa org nak ckp, sbb dari kritikanlah kita boleh membina.. tapi apabila org suruh kita berubah demi kepentingan diri sendiri, aku tension..perlukah aku buat cam tu? siapa dia untuk buat aku berubah? diakah yg bela aku dari kecil sampai sekarang? suka hati akulah apa yang aku nak buat.. kalo nak berubah, fikir diri sendiri dulu..adakah diri tu betul? jangan jadi seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.. jangan suka hati membabi buta buat tuduhan melulu..matang sangatkah fikiran kau? dalam hati ini, kalau boleh nak aje aku luahkan apa yang terbuku.. tapi tak terkeluar, sbb aku terlalu menjaga nilai sebuah persahabatan..kalau kau tak suka dgn cara aku, go ahead.. get lost.. aku tak akan pernah menyesal kalo aku tak kenal ngan kau..aku amat bersyukur sbb aku dpt kenal ng kau..daripada sini aku boleh belajar.. dah lama aku terlalu menjaga hati org lain..tapi pernahkan org terfikir untuk menjaga hati kita? terpulanglah pada diri sendiri..aku bukan seorang yang mudah melenting..tapi jangan buat gunung berapi aku meletup.. aku harap, lepas ni kau akan lebih sedar dgn apa yang kau buat..dan kau belajar dari apa yang berlaku.
9.00 pm : sigup order milo ais.. terus isu masih lagi berbalah.. tak perlu semua ini
kalo dah rasa diri tu bagus sgt, tunjukkan..jgn pakai main cakap jer.. aduh emosi lak aku..aku harap skali lagi, kau akan lebih sedar dgn apa yang kau buat. buat ikut kata hati dan fikiran..dan jgn ikit nafsu..pandai2lah fikir sbb dah besar kan? tetapi aku kecewa dgn apa yang berlaku sebentar tadi. aku sedih aku jadi mangsa keadaan dalam tak sedar...belajar dari kesilapan dan mulakan hidup yang baru..tapi ade ke aku buat silap? pertanyaan demi pertanyaan bermain di fikiran..kalo dah rasa tak boleh hidup dgn orang lain, pegi cari jalan sendiri...jangan nak menyusahkan org lain..hidup ini terlalu singkat, rugi kalo tak menikmatinya dgn sebaik mungkin...betapa bodohnya manusia melepaskan sesuatu yg susah untuk dikecapi dgn mudah...aku tak nak mendoakan apa2 yg tak elok, cuma pandai2lah bwk diri..

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...