Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung Ye Ye Ye Ye...

Yes..aku dah nak balik kampung untuk beraya esok...wow bestnya tak sabar rasanya nak balik kampung nih.. tahun ni macam tahun2 lepas tetap ulang beraya di kampung halaman..macam biasalah sbb tak kawin lagi kan? kalo dah kawin terpaksalah ikut turn.. aduh tak sabar weh..nak beraya dikampung ngan family yang tercinta..aduh gembiranya rasa hati.. "OOOoooo Balik Kampung, lagu sudirman ni mmg menusuk kalbulah.. cuba bayangkan kalo tak dapat pulang beraya kat kampung cam ner? boleh nangis tau.. haha..mmg betul papehal pun yang berlaku aku akan tetap nak pulang ke kampung halaman gak. Di pagi Hari Raya nak bermaaf maafan dgn Mak Ayah, ng adik beradik yang lain..sambil makan hidangan yg telah disediakan oleh ibu tercinta..tak sabar dah ni..walaupun kat mana aku berada, aku akan tetap Balik Kampung.. dah sinonim dgn Raya jer, org akan teringat kat kampung..Betapa ruginya kalo masih lagi ade org yag tak nak balik kampung halaman..yang tak de kampung tu lainlah cerita sbb diorg
mmg tak de kampung.. cuba bayangkan, di waktu pagi sesudah subuh terdengar takbir dari surau dekat umah ni..sayup jer dgr....bukannya selalu pun kan? setahun sekali jer..TIME ni lah leh jumpa sanak saudara yg dah sekian lama tak jumpa..n yg tak penah jumpa..kekadang jumpa, ingatkan siape, rupanya saudara sendiri..inilah uniknya Hari Raya..semua umat Islam akan rasa seperti bersaudara..yang paling aku tak sabar skali ialah, di pagi Hari Rayalah..ingat lagi dulu time kecik2..mmg tak sabar gler nak raya, sbb nak pakai baju raya n nak dpt duit raya..tapi skang dah besar n dah bekerja, kenalah bagi duit raya pulak..tapi takper ini kan rezeki..tak salah kalo kita berkongsi rezeki dgn org lain kan? Mudah2an di tahun berikutnya rezeki kita akan bertambah..Jap nak kira berapa byk duit raya yg aku kena spend tahun ni? aduh bertambah lagi sorg ahli keluarga, sbb kakak aku baru jer dapat anak lagi sorang..hehe..duit raya..itulah kisahnya..kalo dulu, sanggup berjalan jauh semata2 nak kumpul duit raya...kalo dulu tuh, dah dapat 50 sen pun dah kira oklah kan? tapi skang, paling kurangpun 1hinggit..untuk budak2 zaman sekarang..kalo balik kampung lagi byklah duit raya yg dapat..itulah uniknya dan kelebihan Balik Kampung..jadi kepada semua, jomlah balik kampung sekali ok..marilah kita meriahkan kampung halaman kita, dan gembirakan org yg tersayang..tak kiralah di mana saja anda berada..HooOOoreyyy...Esokk balik Kampung...Mak ayah tunggu kepulangan Anakandamu esok ya..

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...