Tuesday, September 8, 2009

berbuka di Curve D'sara

Hai..last week masa public Holiday sempat jugak berbuka kat damansara The Curve dgn member2 yg dah lama tak jumpa. Biasalah time2 bulan puasa camnilah nak jumpa kawan2 pun kan? bukan hari lain tak jumpa, tapi feel dia tak sama. susah bebeno nak cari tempat makan kat sini, semuanya Full House, tak kasi can langsung untuk cari tempat makan, lambat dtg n tak book alamatnya terpaksalah merempat makan kat tepi2 jalan... lama jugak pusing2 kat sini around pukul 6 lebih.. semuanya full.. well inilah bulan puasa..siapa cepat dia dpt.. setelah dari atas habis pusing, sampai kebawah, tetap jugak tak dapat..ape diorg ni tak reti2 nak makan kat umah ker? Semuanya habis di booking...fullamak kaya beb peniaga time bulan ni.. yg kosong cuma Sakae, tu pun sbb tempat makanan jepun..kita org Malaysia, tak kan nak makan makanan Jepun kut berbuka kan? EEeeee...tak leh blah perut aku nak terima takat makan nasi pulut dgn ikan mentah.. tapi nasib baik lah last minit, dapat jugak jumpa tempat kosong kat seblah tu.. tapi ini pun bukan pilihan Utama, tapi sebab last choice, tu pu penuh jugak..nasib baik ada kosong lagi..
Setelah mata meliar memandang sekeliling, dan kaki pun dah penat berjalan, nasib baiklah Little Penanag Cafe ni masih ada kosong lagi..satu meja sahaja..but its oklah better than nothing kan? Duduk aje terus order makan. Punya dok belek2 menu apa yg nak di makan, pk punya pk..last choice is makan asam laksa jer.. itu jer yg berkenan di hati..yg lain bukan tak ok, but terlalu biasa sgt, takat Char Koew Teow...kat tempat lain pun ada kan? cuma harga je lah yg jadi perbezaan..aduh tgk jam masih ada lagi 30 minit sebelum azan..sembang lah dulu.. mata meliar tgk sekeliling..ada yg macam kenal, tapi dah x ingat sape.. maklumlah dh lama tak jumpa..takat senyum je la...sembang punya dok sembang, tak sedar dah nak dekat waktu berbuka..aduh makanan kat depan ni mencabar betul..bau asal laksa dia Fuhhhh mmg sedap sgt...tunggu time jer nak masuk kat mulut..

At Last masa yg di nanti dah tiba, ade pulak announcement yg bagitau time berbuka..ok lah jugak..sbb ada sesetengah tempat tu, kena tgk jam sendiri n teragak2 dah berbuka ke belum.. makanan yg pertama singgah kat mulut aku ialah cendol ni.. aku nak suggest kat korang semua, makan lah cendol kat sini..rasa die mmg sedap..sedap giler..teringat kat kampung. serius terliur beb.. aku mmg dah tak tahan dgn cendol ni..member aku siap order air kelapa lagi..aku cakap kat dia, kalau kat kampung org buat tak heran jer tgk buah kelapa dok tergantung kat pokok..tapi kat sini, nak minum pun kena bayar RM5++ semata2 nak hirup air kelapa..semuanya duit..hahaha..ikut suka kaulah nak makan apapun.. asalkan perut kau kenyang n kau bayar apa yg kau makan..hehe.. ini lah cerita aku dan kawan2 aku berbuka kat Damansara...jadi Selamat menjamu Selera...
Last sekali aku nak cakap, cendol ni mmg sedap..



























No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...