Sunday, March 20, 2011

Alamanda

cuba teka dimanakah????

Misi jejak semalam ingat nak p tengok belon-belon kat Putrajaya.. tapi terpaksa di cancel sebab hujan.. baru nak berangan2 p amik gambar belon2 panas tu.. dengar kata macam best, sbb tulah excited nak pi.. iskkkk... bila lagi ada????

Alang-alang dah sampai kat sini, jalan2 lah terus sambil fikirkan apakah aktiviti seterusnya.. tapi macam xde je..nak tengok wayang.. semua show penuh.. mungkin sebab orang ramai pun terpaksa cancel plan nak tengok belon kut... frusssttt!!! tengok wayang.. last2 aku yang tak leh tengok.. Bagaikan satu fenomena skang ni.. sana-sini orang bawak DSLR. tak kira kecik, besar, tua atau ,muda.. ada budak skolah pun dah guna DSLR.. amboi.. dah macam enset lah pulak.. dok gantung kat leher. aku tengok, bukan main lagi depa dok posing sana sini.. tak kira tempat.. tapi aku rasa cool..daripada diorg buat benda2 lain yang tak snonoh kan?

Masuk foodcourt, penuh... dengan manusia.. sampai tak ada langsung tempat nak duduk. ada jugak yang tengah dok shoot sana-sini, even kat tempat makan.. mungkin ramai nak nak di masukkan dalam FB atau Blog masing-masing kut.. perut dah bunyi lagu Justin Bieber ni.. kat mana harus aku lepak??

Last choice... McDonalds.. pun ramai jugak.. nasib baik ada tempat.. tapi masa Q nak p order makan, mak aiiii... panjang macam nak beli tiket wayang Merong Mahawangsa.. panjang yang amat sangat. Daripada perut aku terus menyanyi, aku Q lah jugak..
tengah dok Q, ada pulak yang potong line.. dengan selamba aku tanya kat minah yang perasan cun tu...

"U ada VIP kad McD ke?"... dengan tekejut dia cakap.. "xde, kenapa?"
kenapa kau tanya aku???? apalagi pegilah beratur kat belakang...

"kat McD, xde Touch N Go kak, orang lain semuanya beratur......"

amik kau.. lantaklah kau nak malu or tak.. fikir lah sendiri..
geram pulak aku, semua orang sanggup beratur, dia senang-senang nak potong Q aku.. konon-konon nak sembang ngan kawan dia..
Gitulah, perangai tak reti sabar..






4 comments:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...