Tuesday, March 22, 2011

perlu ke aku tukar kerja?

salam.. minggu ni adalah minggu yang teramat sukar bagi aku.. aku dah tak tahan sgt. banyak sgt tekanan sejak akhir2 ni. sampai timbul rasa dalam hati ni nak benti je keje. tapi kalau aku terlalu buat keputusan yang drastik, risau pulak impak di sebaliknya. dah mula send resume di pelbagai tempat. tengoklah kalau ade rezeki, leh la aku keja kat tempat baru. aku harap aku akan dapat hilangkan semua ni sebelum bulan 5 ni.. aku dah tak tahan sangat2. tak ade masa untuk diri sendiri. asyik terlalu taksub dengan kerja..sampai aku leka pada tanggungjawab aku yang sebenar.. apa yang aku cari sebenarnya? dalam tempoh tak sampai 2 bulan buat akaun aku dah mula fed up dengan kerja ni. aku tertekan sangat2.. sampai org2 sekeliling pun dah mula sedar dengan perubahan aku. dulu masa kat ofis, aku banyak cakap... tapi skang sampai ada yang tegur aku... kenapa skang diam jer? tension ker? ermmmm.. mmg aku nak jawab aku tension.. tapi dah kerja, terpaksalah aku buat juga. kalaulah aku ni ada duit simpanan yang banyak, nak jer aku amik risiko benti dulu.. pastu baru cari kerja yang lain.

buat kerja tiap2 hari pun x siap jugak.. cam ner????

aku sedar, skang ni mmg susah nak dapat kerja. tapi kita kena ikhtiar lah.. bos aku pun cakap, kalau nak senang, kena bersusah2 dulu.. adoiii bos.. kalaulah kau ada baca luahan perasaan aku ni kan? aku harap sangat2 environment keja aku akan kembali ceria macam dulu2 balik. aku mmg betul2 dah tak tahan sangat ni.. nasib baiklah ada blog ni.. boleh lah jugak aku luahkan perasaan aku ni.. kalau aku cakap kat orang lain, tentu banyak sangat yang diorang argue.. itu kalau argue.. ada jugak yang tak nak dengar langsung. :-(

calculator nilah teman baikku sekarang.


aku respek giler kat orang2 yang leh tahan kerja sampai belasan tahun.. aku respek kat akauntan-akauntan di seluruh dunia ni.. korang mmg superb lah.. leh tahan dengan nombor2 yang segala bagai tu.. aku dah jadi pening pala, sbb hari2 kena ngadap nombor2 yang setiap hari sama ja.. arggghhhh... apa perlu aku buat sekarangggg?????
serah pada takdir je lah kan.. setiap manusia ada takdir yang telah di tetapkan..
kena bersabar je lah.. orang lain yang kat luar sana susah nak dapat kerja.. kita yang dah ada kerja ni.. syukur....


aku amat2 berharap aku akan dapat peluang kerja kat tempat baru dalam masa yang terdekat ni... aminnnnn.

2 comments:

  1. yahhh!! i hate number...but i love books..luckly aku kerja dengan buku2..sabar ye bro, mungkin ada hikmah disebalik semua nihh...

    ReplyDelete
  2. yeah tengah bersabar ni.. btw thx mr shazlan

    ReplyDelete


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...