Sunday, March 6, 2011

Sepetang Di SECRET RECIPI

adoi.. penatnya harini..pegi KL Sentral, nak beli tiket ketapi, tapi dah abis lah pulak.. confirm esok aku nak kena p Bukit Jalil beli tiket bas.. malasnya aku nak masuk Bukit Jalil tu.. dengan perangai ulat-ulat tiket yang suka menyibuk nak tanya orang nak pegi mana.. Lantaklah org nak pegi mana pun..ko nak bayar tiket bas aku ker? x kan? so jangan nak sibuk (lebih baik ko jadi ulat sampah) x kuasa aku nak layan.. itulah cerita yang bakal terjadi esok.. kena kacau dengan ulat2 tu.. isk x suka.
tadi lepas gerak dari KL Sentral, aku malas nak balik rumah lagi, terus g Sg Wang jalan-jalan cuci mata.. dah lama aku tak sampai sini.. Best gak sorang-sorang berjalan..sorang ke? x jugak.. terserempak dengan member lama masa study kat UNITEN dulu.. so apalagi.. sesi beramah mesra lah.. biasalah tu kalau dah lama tak jumpa. kebetulan dia pun sorang. Kitorang lepak kat Secret Recipi.. enjoy the cheese cake.. time tu pulak ujan, tak boleh nak gerak kemana-mana pun.. so teruslah bersembang.. topik biasa kalau dah lama tak jumpa ialah:
  1. kau buat apa sekarang?
  2. kau dah kawin ke?
  3. bila kau nak kawin?
  4. keje kat mana?
  5. dok kat mana?
bla bla bla.. tapi soklan no 2 & 3 tu ada pulak soklan-soklan subjektif yang aku kena jawab.. isk malas betul aku kalau org tanya bab2 ni.. kalau jodoh tak kemana la.. dia pun tak kawin lagi, sibuk tanya aku lak.. :-) makin lama makin rancak pulak kitorg bersembang.. dalam sedar tak sedar, tiba-tiba terkeluar satu rahsia.. ha....aku tekejut bila aku dengar.. rahsia apa? syyy... aku termalu.. dia cakap, sbb benda ni dah lepas, so bolehlah dia cerita. mmglah, dh hampir 6 thn. kenapa tak bagitau aku masa dulu2? kan senang... :-) aku dah mula geram dgn kau ni...

sambil dengar cerita, makan cheese cake dulu


"ko jangan gelak pulak..."
"cer cite...cer cite"
"ko kenal kan dengan N (nama singkatan)?".... "a'a aku kenal...kenapa?"
"sebab dialah yang buat aku jadi cam ni"... isk-isk teruk betul, sbb org lain kita boleh berubah..
bla bla bla... dia terus story.. aku tak leh nak story kat sini, sbb agak peribadi.
hahaha.. aku tak sangka sekelip mata manusia boleh berubah.. apa-apapun kepada kau wahai kawanku.. Gud Luck in ur future.. aku tak nak komen apa-apa. yang aku tau, buatlah apa yang kita suka, sbb mmg susahlah kalau nak ikut kehendak hidup org lain.. kehendak hidup kita cam na pulak kan? ada org yang peduli? x kan? so kau fikirlah baik-baik apa yang kau buat.. aku x sokong, dan aku x halang.. hehehe... tepuk dada tanya selera..
aku tau makngah mesti baca entry ni, so makngah (bukan nama sebenar, merupakan pengikut setia blog aku)....kalau nak tau cerita ni, tanyalah aku.. takut2 aku lupa yer..
Agak lama kitorang lepak, sampai hujan pun dah lama berhenti.. yang penting sebelum masing-masing nak beredar, dia sempat bisikkan sesuatu kat aku.. dan akupun jalan menuju keluar dengan seribu satu persoalan, sambil tersenyum...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...