selamat petang, kat luar macam nak hujan lah pulak.. dalam dok sibuk tak tau nak buat apa kat rumah ni, aku kodek-kodeklah blogspot aku ni.. apa yang menarik kat sini ialah, aku terSUKA dengan sebuah blog catatan seorang tok Imam Glamer kat Mesia ni.. tak lain tak bukan, Imam Muda Asyraf. Blog yang bagi aku sangat memberikan sumber inspirasi bagi setiap insan.. apatah lagi orang yang macam aku ni.. siapa sangka, tok Imam yang terkenal dengan kopiah putih kemana saja dia berada, mampu untuk menjadi seorang penulis yang baik. aku suka pada cara Tok Imam ni menulis kat blog dia. Agak bersahaja n Santai.. dan tak terlalu stress kalau kita nak baca. story dia ada bahan untuk diceritakan.
Dulu masa program Imam Muda Astro berlangsung, aku akui yang aku ni tak lah follow sangat macam cite-cite atau program2 yang lain.. alasan, "tak sempat nak tengok". isk-isk rugi sangat-sangat. Lepas dia keluar dari program tu, dan ada program sendiri iaitu Tanya Asyraf kat Astro Oasis, barulah mata aku ni terbuka luas untuk kaji selidik siapakah Imam Muda ni. Dari Fanpage kat Facebook, Twitter & Blog... boleh dikatakan semuanya aku dah Klik pada butang "LIKE".. ada apa kat tok Imam Muda ni?
Blog yang selalu aku singgah, setiap hari..Stokin Putih
Hah.. itulah aura yang berjaya dia bawak, sehingga terpanggil utk ku mengikuti kisah hidup dia..
Tiap-tiap hari aku dok baca, apa update terbaru daripada Pak Lebai ni.. tak kisahlah, samada Twitter, Facebook ataupun Blog ni sendiri. Cayalah Imam Muda Asyraf. Kau mmg terbaik. Dulu aku penah mintak pendapat daripada beliau, Alhamdulillah dia balas aku punya soalan. Tak sangka dia ni seorang yang baik. Aku penah tanya dia berkenaan dengan soalan yang agak peribadi bagi aku.. ntah kenapa aku tak malu nak tanya.. then dia jawab jugak.. ade respon.. tu yang membuatkan aku suka pada Imam Muda Asyraf ni. Bila dapat bersembang kat laman maya, macam tak percaya lah pulak yang dia ni seorang Tok Imam.. sbb dari segi bahasa dia, macam orang-orang lain jugak. Aku rasa ni lah cara terbaik utk dekatkan diri dengan mereka yang pandai pada ilmu agama.. sbb dia sebaya, so senanglah kita nak bercerita.. tak banyak perumpamaan, dan Straight To The Point.
So aku harap Imam Muda Asyraf ni lebih berjaya di masa hadapan.. KAMI GOLONGAN BELIA SOKONG 100 %.. ceeewah.. macam ketua belia lah pulak.. hehe
So kalau nak kenal Imam Muda Asyraf ni dengan lebih dekat, cuba baca blog dia..
Antara Entry yang menarik minat aku ialah
suka imam muda asyraf jugak :')
ReplyDeletesayapun suka.. :-)
ReplyDeletetnya soalan peribadi???ttg apakah??hehe
ReplyDelete