Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


"Hikayat Merong Mahawangsa? jom tengok.."aku cakap kat member aku.. so apalagi dia terus book tiket semalam.. n kitorang berpeluang tengok filem yang diktakan amat dinanti-nantikan sepanjang tahun ini.. Balik office terus bergegas ke IOI Mall puchong siap dengan baju office skali. semangatlah sangat..
Mmg excited sangat nak tengok filem ni, dari mula-mula dulu sejak KRU Studios keluarkan dia punya trailer lagi, aku dh teruja.. Filem yang diangkat daripada sebuah Hikayat Sejarah Zaman Purbakala.. Dizaman kerajaan Langkasuka, Geruda dimana kerajaan Rom yang ingin meluaskan Empayar mereka ke Semenanjung Emas.. Dulu aku hanya penah dengan tentang Merong Mahawangsa, tapi tak pernah pula berminat nak tau apakah yang ada dalam Hikayat ni. Then bila KRU dah bagi peluang untuk kita tonton, apalagi jangan lepaskan peluang.. Jalan cerita yang menarik dan kesan gambar CGI yang juga menarik.. tapi bagi aku? berapa bintang aku boleh bagi? best ke cerita ni?
Itulah persoalannya... panggung wayang penuh dengan peminat filem, dah macam tonton cerita mat saleh pun ada juga.. sbb boleh dikatakan 90% bahasa dlm filem ni, guna bahasa omputih.. mungkin nak pergi kat peringkat Global kut. Masuk saja panggung, bila filem mula... kita seperti tengah menonton sebuah dokumentari mengenai Merong Mahawangsa.. (bagi akulah) korang penah belajar sejarah kan? macam tulah feel bila tengok filem ni.. Dimulakan dengan story penulis hikayat, ada pulak suara yang menggunakan bahasa lama.. siap dengan peta bagai, kesan visual untuk nampakkkan bagaimana sejarah tersebut di lakar.
Bermula di Goa, rasa macam betul-betul ada kat situ.. sbb guna bahasa India.. pelakon pun India jugak.. boleh jadi filem Satu Malaysia, ganti filem Estet Mamat Khalid. Dari Goa, barulah hikayat pencerita diteruskan.. adoyaiiiiii.... bahasa dia... klasik sangat.. aku sikit terganggu dengan gaya dia berstory.. tapi bagi org lain mungkin mereka suka kut. tak payahlah aku nak story about this filem yer.. kenalah pegi tonton sendiri.. aku bukannya pengkritik filem yang boleh nak bagi riview.. cuma aku tulis berdasarkan pandangan deria dengar aku jer..
Ada babak yang begitu hebat aku tengok, dan ada babak yang lebih kurang jer.. aku expect, si Yusry ni bolehlah bagi satu gambar yang cantik, view yang menarik.. tapi aku tak puas tengok.. sebab apa yang aku nak, x ade kat situ.. bukan keseluruhan filem yer..
lagu sedetik lebih, nyanyian Anuar Zain, sebagai lagu tema... hanya ada lepas abis filem ni.. senang cerita, kalau nak dengar...tunggu filem ni habis..baru leh dengar.. kalaulah si pengarah filem ni dapat bagi kesn gambar yang cantik macam Puteri Gunung Ledang The Movie tu... aku rasa filem ni boleh meletop kebabom yang teramat sgt.. aku lebih suka kesan visual dan gambar dari filem Puteri Gunung Ledang.. filem ni cam ner? ok ok jer..
Apa-apapun, satu kejayaan buat KRU Studios sbb berjaya mengankat kisah epik jadi sebuah filem.. aku dengar belanja dia besar.. tapi tolonglah sambung... sbb aku nak tau apa pulak kesudahan kerajaan cina dengan Rom tu.. Merong betul-betul mati ker? apa jadi kat Kerajaan Geruda? ermmmm aku harap dapatlah jawapannya nanti kalau ada sekuel. Cerita dah hebat, cuma kalau boleh, kurangkan sikit CGI..
Dan yang paling penting, masa last filem ni... ada penonton yang tepuk tangan.. mungkin tanda setuju kut.. Bravo..


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...