Monday, February 28, 2011

HaRi eSok MaKiN HaMpir.


hari esok makin hampir
aku masih lagi berjalan
tidak mampu untuk berlari
andai ada poket masa,
akan ku undur segalanya

hari esok makin hampir
aku masih lagi memandang
tidak mampu untuk mengejar
andai ada pintu masa
akan ku terus ke sana

hari esok makin hampir
aku masih lagi disini
andai esok hari terakhir
akulah insan yang paling rugi

hari esok makin hampir,
aku masih lagi lalai
aku masih lagi leka dengan urusan duniawi
aku lupa pada urusan sebenar..

hari esok makin hampir
tolong ingatkan aku tika aku terleka,
kejutkan aku jika ku terlena
bangunkan aku jika ku terduduk
sedarkan aku tika ku terlalai,

maafkan aku jika aku terlupa memohon maaf

--selamat malam---

Sunday, February 27, 2011

The Half Bottle Black Pepper Chicken

Haluuu... dah beberapa hari tak update entry.. terlalu sibuk sangat nak update.. arini mood rajin-rajin ala-ala maid kat umah.. apa tak nya, pagi memasak untuk makan tengah hari, pastu kemas rumah.. sbb malas nak keluar g cari makanan kat luar.. so umah ku dah kembali bersih dari segala bakteria.. Eh hello... sebelum ni bukannya tak canti, tapi kurang kemas.. maklumlah org bujang kan? hehehe paham-paham sendiri lah yer.

*sekali masak, setengah botol aku letak..

Petang tadi housemate aku balik umah ajak g Summit sbb nak gunting rambut katanya.. tetapi bukannya ke Summit pun.. sampai kat Tesco aje.. niat awal nak gunting rambut terus jadi hari Shopping-shopping kat Tesco.. Beli ape? hehe beli kasut warna merah.. i like the kasut warna merah tu.. tetiba jalan2 kat lam Tesco, rasa cam nak masak lagi malam ni.. apa lagi terusla g cari apa yang nak di makan.. ermmm.. makan cik yam je la.. (ayam).. tapi nak masak ape ek? Yesss... Black Pepper.. ayam masak Black Pepper.. sedapkut.. tapi masalahnya ialah g cari sos black pepper pulak yang biasa aku beli xde kat pasaran tesco arini.. motif???? tak kan semua org nak masak black pepper kut? or McDonalds beli sos Black Pepper sampai habis sempena dengan Prosperity Burger aritu? aku pun tak tau lah.. jalan punya jalan.. dah penat kaki ni berjalan.. baru lah jumpa.. tapi bukan sos yang biasa.. tapi oklah tu daripada xde..
*aku bukan cam dia ni.. walaupun kecik tapi terer masak

Yang nak dijadikan cerita kat sini ialah, balik umah teruslah excited nak masak nih, siap dah potong bawang segala bagai, ayam pun dah cuci... then dah tiba masa tuk masuk dalam kuali.. OMG... setengah botol???? aku terlupa yang tu ialah sos Black Pepper bukannya sos tiram.. sos ni cair.. aku tuang dengan penuh semangat kat dalam kuali.. hehe.. jadilah menu masakan malam ni, ayam masak Black Pepper setengah botol.. ataupun dalam nama glamer dia.. The Half Bottle Black Pepper Chicken.. emmm sedaptak korang dengar? ade rase excited nak rasa tak? so inilah hasilnya.. huhuhu.. to my housemate, makan jelah ape yang ade ek? maklumlah, aku ni kan masih lagi Junior Master Chef.. hehe..
*masa untuk merasa The Half Bottle Black Pepper Chicken

tak pe.. nasib baik masuk setengah botol jer... kalo tertuang semua, sape yang nak jawab?????
so boleh ker aku bukak kedai cam ni? sebab tu lah aku tak nak bukak kedai makan... setakat masak untuk kawan kawan ngan sedara mara je lah..
:-)




Thursday, February 24, 2011

Geng-geng Kak Limah Glamer...

holla.... malam ni rasa nak glamer2 skit.. nak show off pakaian aku semasa kat ofis.. boleh ke? ahhh lantakla, ni blog aku yang punya.. :-) entry ni agak kusam tapi masih relevan kalau nak di GLAMkan dalam ni.. hehehe... feeling2 artis Hollywood jap.. okey.. first of all, ni semua adalah pakaian yang telah dipakai oleh Geng-geng KaK Limah semasa hadir ke Annual Dinner yang lepas.. GLAM tak GLAM sangatla, cuma terasa lain daripada yang lain...
Last year dengan tema King Hereos and apetah aku dah tak hingat, kitorang Geng-Geng Kak Limah pun turut serta dalm contest Theme Award yg di anjurkan.. mmg every year participate.. dis year tak tau lagi nak join or tak..
Sebbnya?????
penat teramat sgt...

*sebelum GLAM, kenelah renovate rupa paras dulu..

Baju bukan daripada tajaan Wan Pa, Rizman, ataupun Halt Dolmat.... tetapi dari Collection Why.. butik terletak berhampiran dengan ICT Shah Alam..
Pada malam Gala tersebut ramai yang melaram sakan, sebabnya nak rebut hadiah yang ditawarkan.. tetapi aku tak mo masukkan koleksi Geng-Geng yang lain, sebab tak nak bagi diorang Glamer kat Blog aku.. hehe.. so ini adalah ataranya....
so korang jangan tekejut melihat hasilnya nanti ye.. maklumlah sekali sekala Geng Kak Limah nak GLAM kan? Asyik pakai office attire jer... BOringgggg...

ini adalah kesan daripada make over Why Production terhadap diri aku.. heyyyy bukan yang seblah kanan tu okey... confirmlah yang seblah kiri ala-ala futuristic... .. (tapi baju tu ketat)

ini pulak adalah fesyen reben besar tak hingat dunia.. bagi dia, reben tu umpama crown MIss World.. katanya... KO MAMPU???? x kannnn....

yang ni pulak fesyen ukur lilit ala-ala lampu chandelier.. tapi yang paling meletop ialah Cat Women yang tengah Pose kelaparan.. maklumlah judging time bermula seawal pukul 12 tgh hari.. mekap pukul 8 pagi.. tapi dinner pukul 8 malam...

wah... kak mariam pun nak glemer jugak ni??? ni dari kampung mana ni? surabaya? langkasuka? akupun tak tau.. sebab dia bukan dari ahli kumpulan aku... yang penting.. mamat yang konon2 omputih kat belakang tu pun nak tumpang glemer guna camera aku.. hishhh...

Yesss... nilah masa yang ditunggu2... kitorang dah masuk dalam Dewan Di Mines Exibition Centre.. terasa macam nak pegi anugerah Grammy la.. GLAM yang teramat-amat sangat.. yang paling penting dapat Handpone... hehehehe...

ya.. inilah rupa Geng-Geng Kak Limah pada malam tersebut.. ada Miss India, ada Snow White, ada Lady Gaga.. ada OBIone Star Warssss.. and yang kat tengah2 tu sape? hah dialah yang menang kategori The Most Colourfull pada malam tersebut.. yang lain2 hanya dapat hadiah consolation.. jadilah tukan? baju sponsor, makan sponsr...dapat handphone.. pastu yang penting dapat Glamer.. hehe.. okey itu jer... kalo nak tengok yang lain-lain lagi... boleh view kat Facebook aku..


Wednesday, February 23, 2011

soley-soley punya cerita

"Hafiz..ko nak dengar satu petua x? jap g aku gtau ko.. tapi ko jangan tekejut" dari jauh aku dengar suara kakak ni panggil nama aku after ofis hour tadi.. aku pun cakap "ok". Nape tetiba nak bagi petua? hahaha.. insiden ni berlaku mungkin dia terdengar aku bersembang ngan ofis mate aku lagi sorang.. pasal kecantikan muka.. haipppp jangan ingat laki x jaga kecantikan okey.. n suddenly dia datang kat tempat aku ngan member aku ni bersembang..
"korang nak tau satu benda x? tapi kalau aku cakap jangan kasitau orang lain, malu" katanya..
aku agak terfikir2.. apakah yang cuba disampaikan olehnya..
"petua ni bapak aku yang bagi, dulu mukaaku penuh dengan jerawat, dah macam2 produk aku pakai, tapi sama ja" sembang dengan penuh semangat nih....
"apa kak?" aku ngan member aku tanya dia...
kekekekeke... dia gelak dulu...
"dengar benda ni macam pelik tapi berkesan, aku dah try seblum aku kahwin lagi, tengoklah hasilnya." sambil tunjukkan kulit muka dia yang agak2 sleeping beauty tu..
"okey, cara dia senang ja, tiap-tiap kali bangun pagi.. seblum mandi.. korang kena amik SOLEY SOLEY gosok kat muka.. "sambil gelak kuat2...
"hah!!! biar betul kak?" member aku tanya dalam keadaan tekejut beruk kat dia..
"betul, dulu aku tak caya, tapi aku dah try.. so oklah, tapi benda ni kena buat dengan niat yang betul..kalau yakin..insyaAllah menjadi..dengar macam kelakar tapi mmg betulla.." dia story dengan penuh semangat..
aku dah start bingung.. dalam pala otak aku.. apakah kaitan SOLEY SOLEY itu dengan kecantikan wajah?????? sampai sekarang aku dok pikir lagi.. tengah guna en-Google cari kesahihan cerita..
alangkah tekejutnya aku.. mmg ada org yang guna SOLEY SOLEY.. tapi itu semua atas keyakinan la.. jangan terlalu percaya sangat.. Biasalah tu, orang2 tua dulu kan banyak petua.. so rugilah kita kalo kita tak share dengan diorng..
cuba tanya, camner nak bagi gigi kekal sampai tua, tanpa guna gigi palsu? mesti diorg ada jawapan untuk soalan itu...
so... kalau nak tau SOLEY-SOLEY itu apa?????? erkkkk... perlu ke aku bagitau???? hehehe..
tak payah kut kan?


*beginilah rupanya kalau guna SOLEY-SOLEY tu kut..
picture ehsan drp en-google

Tuesday, February 22, 2011

Gagaga comel ke?



Entry for tonite dimulakan dengan gelak ketawa..
Hahahahaha.. why? sebabnya tadi kakak aku send gambar anaknya yang overdoss main mekap2 tengah malam.. isk2.. cun ke dik? hehehe.. lawakla.. sbb baru umur tak sampai 5 tahun skali ngan adik dia, main mekap2 tengah2 malam.. apa nak jadi ni? nak kata mak dia rajin mekap, tak kut? (mmg pun x rajin mekap).. tapi kelakar sbb kecik2 dah pandai.. rindula nk balik jumpa dengan budak2 nakal ni.. x pe, tunggu pertengahan bulan depan "uncle" balik.. uncle katanya.. :-) ye lah uncle, takkan aunty kut kan?
well aku mmg rapat dengan anak-anak saudara ku ini.. dari kecik lagi mmg selalu kena tgl ngan aku bila mak ayah dia nak g jln2.. cuma yang paling kecik je tak sempat aku nak jadi "baby sitter" sbb dh pindah balik SP.. isk.. kakak aku cakap, yang anak dia yang perempuan ni lebih hebat daripada abang2 dia.. hebat macam mana aku tak taulah.. tunggu je la balik nanti.. tak sabar nak balik kampung la.. tu anak2 buahku.. tunggu kepulangan pakngah mu ini yer.. nanti kita boleh pegi "konda-konda sekali".. hiks..
hah... inilah dia wajah kakaknya... "cantik tak saya?"
ni pulak adik nya.. "ada yang nak berkenalan?" :-)

p/s to my sis:
Gagagaga... hantar lah mms yang lain lagi..

Monday, February 21, 2011

Ada Apa Dengan Gemilang?

Nite nite.. tetiba entry terbaru aku untuk harini aku nak post pasal drama yang menbuatkan aku melekat kat depat tv tiap hari isnin 9mlm.. iaitu Gemilang.. drama terbaru arahan pengarah yang mempunyai gambar yang cantik2 iaitu Khbir Bhatia.. Mmg superb la.. gambar mmg cun abis.. scene yang menarik.. jalan cerita pun menarik.. tak sama dengan drama2 tv yang lain.. aku rasa apa yang membuatkan aku suka pasal drama ni ialah, jalan cerita best... lagi satu yang paling penting aku sudah jatuh cinta dengan cara pengarah ni amik gambar setiap scene.. Gila!!! mmg menarik.. tak perlu nak over2.. shoot satu scene pun aku dah boleh rasa feel disebalik gambar tu.. pendek kata mmg cun abis...
Drama yang mengStorykan about perjalanan anak muda yang bangkit untuk memartabatkan bangsa.. tak kira apa yang berlaku.. dia tetap dengan impian dia.. Dulu masa kecik-kecik dia susah.. kena tolong mak bapak dia pegi menoreh getah dgn adik beradik yang lain.. tak boleh pegi skolah..bukan xnak pegi, tapi tak mampu.. kesian aku tengok. tambah kesian apabila adik beradiknya yang lain, terpaksa diberikan kepada keluarga yang lain untuk jaga.. wowo.. so touching..time tu rasa macam acah-acah nak menangis.. tapi still leh cover.. aku sedih sbb cam ner boleh bagi adik-adiknya pada org lain hah? giler ko.. tapi itu yang terpaksa dilakukan oleh ayahnya.. demi masa depan anak-anaknya...
Hurm... bila dah besar.. impian anak muda yang bernama saif untuk berbakti pada anak-anak kampungnya itu.. adalah geng2 Saif yang turut membantu.. tapi tak kan drama pasal nak Skolah jadi cikgu je kan? mesti ada babak cinta jugak.. baru syokkk... hehehe.. well drama ni, bagi akulah kan, babak cinta yang cuba disampaikan masih boleh di terima akal.. sbb tak setiap masa asyik nak bercinta jer.. ada jugak masa untuk buat benda2 lain..itu yang buatkan aku tak boring tengok cite ni.. kalo tengok kat drama tv yang lain.. kalau boleh 24/7 asyik nak babak cinta jer.. kalau cam tu baik tak yah buat drama.. fokus cinta sudehhh..
Apa-apapun aku tak sabar nak tunggu apakah kesudahan Gemilang ni.. anyway to Khabir Bhatia.. u mmg talented la.. drama ko mmg best.. yang penting.. Gambar dalam setiap scene buatkan aku jatuh cinta dengan seni fotografi..
Bilalah aku boleh amik gambar yang superb cam tu kan? okey olsss... enjoy the Drama k..
directly credited to kamal adli..

Sunday, February 20, 2011

Why Monday?


Owh no.. esok dah hari isnin.. Hari Bekerja sedunia.. mata masih lagi tak mo lelap tdo.. apakah yang sedang aku fikirkan? Haha sudah tentu kerja yang bertimbun2 bagaikan Gunung.. Cam ne nak buat ni? aku perlukan robot untuk membantuku.. Bila fikirkan hari isnin, mulalah timbul perasaan malas ni.. Ma
las sangat2.. teramat sangat.. sukar digambarkan dengan lensa kamera..
*kiralah berapa ekor kambing pun... sama je

Mata tolonglah mengantuk cepat sikit.. sekarang ni aku kena penyakit susah nak tdo malam.. tak tau kenapa. susah sangat. Orang cakap, jangan tdo di siang hari.. manede aku tdo pun.. Kalau nak mengantuk baca buku.. aku try gak baca buku, habis bermuka-muka surat..tapi lagi segar..
Nak kena kosongkan fikiran.. Itu yang aku tak berjaya nak buat lagi.. Ingat senang kosongkan fikiran? lainlah kalau kepala otk ni buleh di reset dan di format macam lap top ni kan? Tiap-tiap malam kalo nak tdo, format jer..
Apa-apapun, esok mesti masuk kerja dengan semangat (walaupun tidak). Tiap-tiap hari kena ada passion ( sama ja bagi aku). Arghh.... aku x suka tengok report yang panjang berjela-jela, dan nak kena siapkan report..
*ini akan terjadi esok kalo x dpt tdo..

Damn.. xyah lunch and boleh balik awal.. (jangan haraplah)..
Okey.. esok mulakan so malam ni nak kena senyum banyak-banyak supaya Happy masuk keja esok..
Gud nite...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...