Sunday, October 16, 2011

Backpacker Medan-Lake Toba-Berastagi (Day 4)

Sudah hari keempat, kejap je rasanya kitorang kat sini. Plan nak ke Medan balik sbb nak jalan2 Medan n Shopping kat Medan pulak.. Gerak dari Sibayak Guest House pukul 10.30 am cam tu.naik teksi yang telah di booking oleh staff hotel.. dengan harga Rp 50000 untuk 2 orang. perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam lebih untuk sampai ke Medan.. Nasihat aku kepada mereka yang ada alahan, sila bwk minyak angin yer.. sbb jalan nya begitu belit2 sekali.. dan teruk sangat..
Klau kat Mesia, lebih kurang jalan nak g Cameron Highlands tu la. tapi berlubang-lubang. teruk sangat. sepanjang perjalanan, ada Restorang yang jual Babi Panggang.. Fuhhh laku betul binatang tu kat sini kan?

Sampai di Medan dalam pukul 12 lebih cam tu, terus suruh Supir ni drop kat Ibunda Hotel jer. Sbb hotel ni selesa, murah, tengah2 town.. senang nak bergerak kemana2 saja. gain harga yang sama Rp 200000 utk Standrd room.. amik bilik yng sama macam bilik haritu.. Dah letak barang sume, tanpa membazir masa, time untuk shopping kek2 dan bika.. Kalau datang Medan, tak beli 2 barang ni, bagaikan bukan datang ke Medan.. Sbb sini mmg femes. Kitorang pegi ke Bika ambon Zulaikha naik becak dari depan Hotel.. dengan harga Rp 15000/2 person. kalau tak bargain, dia mintak Rp30000.. hahaha.. sorry kitorang dah pandai naik becak, so x payah nak nipu lagi.. agak jauh jugak kalo nak jalan kaki g sana.. sampi kat Kedai tu, terus beli apa yang nak.. harga dari Rp35000-Rp70000. bergantung pada saiz, dan juga jenis.. aku beli 5 kotak.. tapi tak boleh tahan lama..nasihat aku, kalau nak beli, beli hari yang sama naik flight..

Dari Bika Zulaikha, kitorang berjalan kaki, dengan bwk kotak bika..arh lantaklah org nak tengok pun.. masuk shopping complex.. jlan2 pusing satu shopping complex, keluar amik becak balik hotel Rp 15000/2 person. then simpan barang kat hotel, lunch sekejap kat restaurant tu.. terus pegi ke sebelah hotel, ada Bolu Meranti.. macam Kek gulung.. org cakap kat sini sedap.. aku pun amik satu kotak.. then gerak ke Medan Mall nak cari baju I Love Medan.. dah pusing keliling tempat, xde pun.. mmg baju tu xde.. Medan bukan tempat untuk shopping.. Naik becak Rp 15000 lagi ke Medan Mall. Kat sini ada macam Market, lebih kurag pasar Chowkit.. ada banyak sangat org jual pakaian bundle.. tpi bukan ini yang kami cari, terus masuk Mall lihat apa yang ada...rupanya Mall ni berkembar 3 bangunan.. Mula2 tempat jual borong kasut, then Mall, jalan lagi ada pasar.. Lebih kurang Pasar Siti Khadijah di Kelantan.. banyak sangat baju2, tudung2.. tapi tetap xde baju yang bertulis I love Medan. xpelah shopping skit2 je lah, sbb nak abiskan balance duit yang ada. Mall ni tutup pukul 7 ptg.. so time ni mmg ramai org nak balik kerja.. kitorang naik angkut balik ke Hotel.. Rp 5000.. dah last day baru tau, rupanya kalau 2 orang, bayar Rp 5000 jer.. tak payah bayar Rp6000.. nasib baik budak skolah dalam angkut ni bagitau.. hahaha..berjaya jugak ditipu.. xpelah, last day..

view dari dalam becak...

Sampai Hotel, nak dinner jalan skit depan Pasaraya Yuki, ada satu Foodcourt namanya Amiliun Foodcourt.. kat sini ada banyak makanan.. stall.. dari satey, bakso, mee goreng segala bagai ada.. dn Halal yer.. Tak perlu risau.. meriah, macam Bangsar keadannya.. haha.. ada org karaoke lagi.. malam tu, kitorang makan Bakso, satey dan air cam biasa.. Harga untuk kesemua makanan dan minuman Rp 104 000.. tapi berbaloi.. sedap sangat.. anda perlu rasa satey disini.. rasanya lain, tak sama macam kat mesia.
So itu sahaja catatan untuk hari Ke-4 di Medan.. time to ZZZzzz... sbb esok dah nak balik Kl.

Teksi dari Sibayak = Rp 50000/2person
Hotel Ibunda Standard = Rp 200 000/2 person
Becak ke Bika Zulaikha = Rp 15000/2 person
Becak balik hotel = Rp 15 000/2 person
Becak Ke Medan Mall = Rp 15 000/2 person
Angkut ke Hotel = Rp 5000/2 person
Dinner = Rp 104 000/2 person

Total = Rp 404 000/2 person

Backpacker Medan-Lake Toba-Berastagi (Day 3)

Day 3 - Berastagi

Breakfast pagi-pagi, makan nasik goreng yang di sediakan oleh pihak hotel.. dah macam kannibal, laju je makan.. sbb malam tak makan. Lepas makan, sempat lagi jalan di pesisir Tasik amik gambar untuk kenangan.. time tu Sun Rise.. mak ai... cantik. rugi x snap pic. Dah siap amik gambar, terus balik bilik kemas barang, check out.. sbb nak ke Berastagi pulak. Semalam sebelum blik bilik, dah siap booking teksi ke Berastagi.. harga Rp 200 000 untuk 2 orang. Kalau tak amik teksi, nak kena patah balik Medan, then amik bas kat Medan ke Berastagi.. er, jauh dan buang masa. so kitorang amik teksi kat sini. Untuk Trip ke Berastagi ni, dalam teksi leh buat 6 0rang je, so kenalah booking awal, kalau x.. sendiri mau ingat lah. Dalam kitorang punya trip, ada 2 pasangan foreigner, baik sangat.. x belagak pun. Banyak cite kelakar. Satunya ialah The Stupid Hat, dan Banana.. hahahaha.. kalau ingat balik mmg nak gelak. Asyik nak bersembang je.. ade je cerita.. tapi jangan nak gelak sangat... di tengah2 perjalanan, tayar teksi ni pancit plak.. terpaksala berenti di tepi.. lebih kurang sejam jugak.. aiyoooo tak sanggup.. ada lori Babi lalu.. Siap jerit Babi! Babi! Babi!.. experience beb.. haha bukan senang nak dapat tu. Nasib baik pandai pasang tayar, kalo x, doklah kat situ.. on the way nak kesana, singgah Museum dulu.. alamak!! tak ingat lah museum apa.. tapi Museum batak jugak lah.. dah settle museum, harga entry Rp 4000 untuk 2 org. Then settle museum teruskan perjalanan, tapi masa keta rosak tadi, kitorang mintak driver bwk pegi ke air terjun Sipiso-piso.. dia pun cakap okey.. kalau nak ikut sebenarnya x pegi, maybe sbb tayar pancit kut.. hehehe.. dah sampai kat Sipiso-piso waterfall, bayar Rp 20000 utk 2 org. Wow!!!! tinggi giler air terjun ni.. aku belum research berapa km tak nak balik je.. Supir tinggalkan kitorg kat sini selama 1 jam, untuk ambil gmbar dan jalan2 sekitar kawasan. Kat situ, ada tangga yang boleh nampak air terjun tu dari view yang lebih cantik.. masa nak turun okey, tapi masa nak naik, hahahahaha goyang pala lutut.. Jadi sesiapa yang datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk dtg Sipiso-piso waterfall.. tengoklah sendiri. Dah pukul 4 ptg, tapi tak tau lagi nak nginap kat hotel mana.. Nasib baik minah mat saleh The Stupid Hat ni bijak.. dia dah survey hotel yang murah dan selesa. Dah sampai kat Sibayak Guest House, terus tengok bilik, semuanya okey, dan check in. Hotel ni adalah sebuah rumah lama yang di jadikan tempat menginap oleh pemiliknya.. peramah betul diorang ni.. very friendly.. tapi, satu je yang aku tak gemar iaitu, everywhere ada anjing.. pemilik hotel org muslim, tapi bela anjing, alasan untuk menjaga rumah.. tak pelah.. janji jangan sentuh aku cukup.

Check in di Sibayak Guest House Rp 100000 utk standard size. oklah tu, bilik cantik, nyaman, selesa.. tak takut.. hahahaha.. dekat dengan town.. lepas check in, ingat nak nak naik sibayak tengok asap Gunung Berapi, tapi dah tak sempat, so tukat plan, naik Gunung Gunndaling tengok Sunset je la.. dari atas ni dapat tengok Gunung Sibayak, dengan asap Gunung berapinya.. harap2lah dah tak aktif.. Kat puncak Gundaling ni, kitorang amik angkut, namanya "Bintang Karo" dengan harga standard Rp 12 000 untuk 2 orang pegi balik.. sama ja macam angkut yang kat Medan tu. Round atas Gundaling sekejap je, sbb dah nak malam, sini cepat gelap walaupun baru pukul 6 petang. tak ada apa sangat kat atas ni, ada kedai cenderahati, ada patung2.. istimewanya kat puncak Gundaling ni ialah boleh tengok Sunset dan Sunrise. Itu jer.. Angin sejuk.. terasa sampai sekarang.. hahaha.. suhu masa kitorang sampai kat Berastagi ni, waktu siang 24'c waktu malam dan pagi 14'c.. erm sejuk kan? tak payanh guna aircond.. pekan kecil sama macam Cameron Highlands. Kat sini akat Hotel tu cakap, kaum Batak jugak, tapi Batak Karo.. apa bezanya? aku pun tak tau.. masa petang sampai kat Berastagi, sempat jugak jalan2 kat sekitar Fruit Market.. banyak jugak barang yang jual kat sini. Kalau tak simpan duit, alamatnya dok sini, beniaga buah lah dengan diorg. Ada satu kedai ni, aku tak ingat nama apa, kitorang berhabisan beratus-ratus ribu kat kedai ni je pun.. xde pegi kedai lain.



View dari Gundaling Hill

Beli Barangan cenderahati untuk dibawa balik ke Malaysia.. tak ingat lah berapa.. sempat jugak borak2 dengan akak ni, baik sangat..tanya mana kedai makan islam kat sini.. Then dia Suggest Kedai Makan UMMI.. so kitorang pun pegilah kat kedai makan Ummi tu.. member ku sorang ni teringin nak makan bakso kat sini, tapi xdelah pulak.. then hanya order Soto.. la sampai.. opsss aku silap, kalau kat sini, apa menupun yang ada berkaitan dengan sup, dia akan bagi nasi.. so jadilah, Soto + nasik.. erm okey, not bad jugak. rasa pure Indon. cuma aku ta tahan dengan kepedasan cili kt sini.. harga makan malam agak murah, lebih kurang Rp 40000 untuk 2 orang.
Aktiviti malam kat sini agak terhad, tak banyak benda yang bleh buat.. so lepas dinner, lepak dengan pemilik hotel Sibayak ni.. banyak jugak benda yang kitorang sembang. Kt hotel ni, ramai budak2 skolah yang dtg tuition bahsa Inggeris. Akak ni cakap, dia hanya nak nolong budak tempatan. Bagus btul niat murni dia..
lebih kurang pukul 11 mlam, naik bilik, packing barang untuk bergerak kembali ke medan esok.. sejuk sangat.. selimut + sweater pun tak cukup.. lupa nak g tau.. dalam bilik ni xde air panas.. kitorang mandi air biasa rasanya macam mandi air dalam peti sejuk tu... hahaha, actually ade, tapi kena minta.. xpelah.. segar skit mandi air sejuk..



Sebelum berangkat pulang ke Medan, kitorg pegi balik ke Restoran Ummi, untuk breakfast.. mkan nasik beb pagi2. harga xdelah mahal sgt, lebih kurang makan malam.. Rp 20000. ada nasik, ayam goreng, sayur, teh manis..lepas makan singgah balik kat Fruit Market, sbb nak beli cenderahati lagi.. so ni shopping habis-habisan, sbb kat Medan, dah tak ada apa yang nak di beli.. Thanks to akak tu sbb banyak barang dapat murah.. erkk murah ker? tapi oklah, daripada tempat2 lain. So Bye Berastagi..

Teksi dari Lake Toba = Rp 200000/2 person
Sibayak Guest House = Rp 100000/2 person
Angkut Gundaling Mount = Rp 12 000/ 2 person
Dinner @ Ummi = Rp 40 000/ 2 person
Breakfast @ Ummi = Rp 20000/2 person

Total = Rp 372 000/2 person






Backpacker Medan-Lake Toba- Berastagi ( Day 2)

Day 2 - Parapat @ Lake Toba

Destinasi untuk hari ke 2 ialah ke Lake Toba. Cara paling mudah dan murah untuk ke Lake Toba ialah ialah denag menaiki Bus kesana. Kalu nak amik teksi, Rp 100 000. nak? of course tak nak. so kitorang check out hotel awal-awal pagi pukul 8 am. Breakfast dulu kat hotel, hanya nasi goreng dan teh. Atas kerjasama daripada staf-staff hotel, ini cara terbaik. Dari hotel naik "becak" ke Terminal Amplas. kat sini ada banyak bus. Kos dari hotel ke Terminal Amplas ialah Rp30000 untuk 2 orang.. jauh amat.. sakit bontot dah. dah ler dengan bau minyak motor dari becak ni, terus jadi perfume untuk baju aku.. isk isk, xpelah nak bujet punya pasal. Jarak dari hotel ke Terminal lebih kurang 30 minit. jauh kan? tapi best, kalu nak becak boleh tengok aktiviti penduduk Medan di sepanjang perjalanan. Menurut orang kat sini, ada dua station bus kesana, satu lagi ialah Station Intra, tapi kitorang terus ke Amplas, sbb kat situ ada banyak bus.


Sampai je kat Amplas Terminal, nasib baiklah ada bas direct ke Parapat. Kos tambang bus, Rp 50 000 untuk 2 orang. Katanya bus terus jalan, tapi tidak rupanya tunggu bus penuh baru gerak. Aku dah mula rimas, sementara nak tunggu bas gerak, ada ja orang yang menjual2 masuk dalam bus. tapi x beli pun. Dalam hati, cepat lah engkau gerak wahai pemandu bas. Jam pukul 9 pagi waktu tempatan, baru gerak. Fuhh, penat, nasib baik kat tepi aku kosong, boleh jugak aku letak beg aku kat sit sebelah. Driver bus ni, pemandu Roller Coaster ke? Bawak laju nak mampuss... serammm.. ikut highway ke sana, tapi highway pendek jer. Keluar balik kat jalan biasa. Ingat ke terus sampai destinasi, rupanya dia berhenti pulak, ambik barang.. macam-macam dah diorang bwk, dari sampai ke minyak petrol pun bawak masuk naik bas. Dah macam Pos Malaysia.. Bleh plak kirim kirim barang.. isk.. agak lama, bayangkan di dalam bas hampir 4 jam. dah boleh balik penang-KL dah. Aku dah nampak tasik dari dalam bas, Subhanallah, cantiknya ciptaan. Cuaca yang agak sejuk dan nyaman.

Diatas kawasan gunung.. mmg superb.. tasik semula jadi yang terbesar. Biru je..terus lupa keletihan di dalam bas, terubat oleh kecantikan Lake Toba. Tanpa membuang masa, sampai je, terus walk in cari hotel.. tapi agak penat, banyak hotel kat sini.. letih dah nak jalan mencari. terus je Check In di Sanggam Aek Sere Hotel. Kos penginapan satu malam untuk standard size 2 single bed, Rp 170 000. Amik hotel berhampiran dengan tasik, sebab senag nak keluar jalan-jalan amik gambar. Cuaca kat sini, panas tapi dingin.. so tak lah rasa terbakar macam kat pulau.
Berhampiran dengan Hotel, boleh jalan kaki je di pesisir tasik ke Jetty Tiga Raja. Kat sini ada banyak Jetty, tapi berhampiran dgn hotel ialah Tiga Raja. Di Lake Toba, rata-rata masyrakat disini adalah keturunan Batak, Batak Toba. Aktiviti harian mereka ialah kerja kampung. Tapi jangan pandang mereka sebelah mata, sbb rata-rata pandai speaking English. Mula-mula cakap melayu dgn kitorang, tapi lepas tau kami ni dari Malaysia, terus dia tukar bahasa.. English.. hmmm, diorang ckp, rakyat Malaysia pandai English.. papejelah. Nk pegi Tomok Island. Naik ferry dengan harga Rp 10 000 untuk 2 orang. Ada dua jenis, kalau nak naik ferry pusing2 island, harga lain. Tapi kami amik Ferry ke Tomok. Lebih kurang 30 minit di atas ferry.. cantikkkk...cantikkkk dan cantikkk itu je yang banyak keluar dari mulut.

Mmg cantik Lake Toba ni.. Tak tau nak cakap apa, sesuai dengan keadaan cuaca. Dalam ferry, sempat berkenalan dengan seorang rakyat kat sana, dia pun nak ke Tomok jugak. So join together.. dah sampai kat Tomok jangan nk rakus beli-beli barang.. kt sini kalau dah masuk kedi, confirm akan keluar dengan barang.. diorang akan pujuk rayu sampai terpedaya... hahahaha.. aku dan member aku dah kena.. padan muka..
Kat sini, hanya ada kubur, museum dan gerai-gerai cenderahati.. Argh, banyaknya kedai jual barang2 cenderahati. Ingat pesan aku, kalau x nak beli, jangan sibuk nak tanya atau nak pegang barang tersebut, nanti lain jadinya.. kalau tak caya cubala... lebih kurang 3 jam kitorang kat Tomok Island, hari pun dah macam nak gelap, so gerak balik. Again kos ferry hanya Rp 8000 untuk 2 orang, sbb kalau pelancong Rp 5000, kalau tempatan Rp 4000. Mungkin waktu nak balik, muka kitorang dh macam org kat sana, so dapatlah murah.. hehehehe..
Kat Lake Toba ni tak de apa sangat yang boleh buat, takat nak relax minda, bolehler.. Malam pun x hidup, tapi tak taulah, mungkin kitorang pegi bukan hari cuti kut. Nak makan agak susah skit, sbb tak tau mana kedai yang Halal. Orang cakap, kat sana bayak kedai yang ada tulis halal, tapi sebenarnya tak. so kalau nak selamat, amiklah Hotel Muslim. Confirm Halal. Kat area hotel kitorang ada 2 restaurant halal. tapi, sebab tak yakin, malam tu makan roti jer.. hahaha kesian.. So malam ni ni kitorang tdo awal skit.. esok nak gerak pegi Berastagi pulak... Gudniteeee...


Becak to Amplas = Rp 30000/2 person
Bus to Parapat = Rp 50000/2 person
Ferry return = Rp 18000/2 person
Hotel = Rp 175 000/2 person
Total = Rp 273 000/2 person




Backpacker Medan-Lake Toba-Berastagi (Day 1)

Assalamualaikum.. mak ai lama gila aku tidak mengupdate blog diatas ke bzian yang teramat sangat.. okey, for entry kali ni aku nak story pasal vacation Backpacker ke Medan, Lke Toba dan Berastagi Indonesia..
Alhamdulillah, pada 10 - 14 Oct 2011 yang lalu pengembaraan aku bersama seorang lagi teman kesana telah berjaya. Dengan menaiki flight Firefly pada pukul 1.45 pm, pengembaraan kami di sana pada pukul 2.15 pm waktu tempatan Indonesia. Mendarat di Polonia Airport..

Day 1

Setibanya kami disana, mata terus meliar mencari jalan ke pengangkutan untuk ke Hotel. Di sana, jangan mudah terpedaya jika ada yang ingin berbuat baik kepada anda, kerana mereka semua ininkan tips daripada pelancong. Kalau sesiapa yang tidak tahu budaya disana, ermmm alamatnya abislah wang perbelanjaan anda.. Nasib baik kami dah buat research dan dengar experience daripada rakan-rakan yang pernah kesana. Keluar saja daripada pintu airport, terus melangkah ke Stesen Petronas yang ada berhampiran dengan airport. Jalan lah kaki sikit sebab nak naik "becak" untuk ke Hotel. Argh...banyak pulak "becak" kat sini.. so kenalah pandai bargai dengan tuan punya. Kos dari Polonia ke Jalan S.M Raja, adalah sebanyak Rp 25000, fuhhh culture shock sekejap, banyak sangat angka.. mula-mula si Supir tu nak amik Rp 30000, tapi setelah di Bargain, dapatlah Rp 25000 untuk 2 orang. Bandar Medan ni macam pekan Koboi. Tak banyak sangat pembangunan. Budaya pemnadu jalan raya disini suka sangat meng "HON" pemandu lain sesuka hati. Kalau kat sini confirm dah kena belasah. Telinga jangan harap nak sunyi, HON everywhere. Gaya pemandu yang suka-suka hati. Very very bad... Malaysia lagi better.. Mengambil masa lebih kurang 20 minit dari Airport, kami pun tiba di Jalan S.M Raja.. ada banyak hotel kat situ, kalau nak yang lagi bajet, kenalah rajin mencari. Penat berjalan di tengah panas nak cari hotel Budjet.. harga dalam lingkungan Rp 20000. Tak lebih dari itu untuk bilik saiz standard. Setelah di survey, rasanya Ibunda Hotel lebih baik. Harganya, Rp 200000 untuk satu malam saiz standard. kami terus Check In di situ.. Wow, murah, hotel Muslim, dekat dengan town, ada restoran kat bawah. Hotel pun selesa, ada 2 single bed. Oklah tu kan? Eh cam ner nak charge kamera, ngan henpon ni? plug dia lain sikit... owh rupanya kat sini mmg cam tu, sume tempat guna plug soket kaki 2. kenalah beli converter. Ala dekat je, kat depan hotel ada keda 24 Hours. Harga, Rp 14000. Berehat kejap kat bilik, selesai apa yang patut, terus turun bawah, tanya kat kaunter, cam ner nak gerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Baik sangat orang kat sini.. mereka suka kat kita.
Kalau dari hotel, anda boleh jalan kaki je g tempat-tempat yang ada berhampiran dengannya. Contohnya, Masjid Raya, Istana Maimon, pasaraya Yuki. Berjalan kaki disekitar bandar dibawah terik mentari, terus kulit jadi R-Kelly. Erm tak pelah, 5 hari kat sini mesti lagi gelap. Nak masuk Masjid Raya, dihadapan masjid tersebut, ramai sangat peminta sedekah. Kalau korang nak bagi, bagi kat semua orang. Kalo tak.. ermmmm... Dah siap amik gambar n melihat keindahan Masjid Raya, terus lagi jalan kaki ke Istana Maimon. Istana ni adalah Istana Lama, nak masuk dalam kena tulis nama sebagai visitor dan tida sebarang bayaran dikenakan. Tapi si penjaga Istana mintak derma ikhlas daripada pengunjun. Kitorang bagi Rp 5000, tapi dia cakap tak cukup, then tambah lagi Rp 1000, dia cakap tak cukup lagi, apa lagi terus member aku sorang ni cakap, "tadi cakap derma Ikhlas, tapi mintak lebih pulak".. then terus jalan dalam Istana.. Isk, lain kali cakap la berapa yang dia nak, kan senang. Tak payah nak gunakan perkataan ikhlas tu. apa arrr..
Tak banyak sangat yang menarik di dalam Istana, cuma ada gambar, singgahsana dan pakaian-pakaian.. Takat amik gambar cam tu je. Then, keluar jalan kaki lagi, ingat nak pegi ke Merdeka Walk.. tapi agak jauh.. dah separuh jalan, patah balik menuju ke hotel.. last-last amik "becak" kesana. dengan bayaran Rp 15 000 untuk 2 orang. Merdeka Walk ni, macam tempat rekreasi, kalau di Malaysia, lebih kurang macam Dataran Merdeka la. Tapi kat sini ada banyak sangat kedai makan. Perut belum lapar lagi, teruskan mengambil gambar di sekitar kawasan. Ramai orang yang bersenam, bawak ank2 jalan2. Next destination is, Medan Plaza. Menurut penduduk tempatan, kat sini paling meriah, so terus lah gerak kesana. Oooo, Mall yang seperti Perta KOmpleks kalo di Malaysia. Argh, buat apa datang sini, bukannya nak shopping pun. Barag pun tak menarik sangat. Apa yang jual kat sini, ada di Malaysia. Smpai ke malam kitorang bersiar sekitar town, time to balik Hotel dan makan. Naik "angkut" dari Medan Plaza ke Hotel. "angkut" ni macam van sekolah, sebab di bandar Medan diorang xde bas macam Rapid KL kat M'sia, so diorang gunakan angkut sebagai bas. Dalam ni aku tak tau berapa orang boleh muat sebenarnya, sbb berhimpit-himpit selagi boleh.. dah ler budaya kat sini, boleh isap rokok everywhere. walaupun dalam pengangkutan awam.. Rimaslah, sbb tu nama dia "angkut", selagi boleh angkut, dia akan angkut. Kos dari Medan Plaza ke Ibunda Hotel, Rp 3000 seorang..
Argh, ahirnya sampai jugak kat hotel, di hari pertama pengalam yang amat berbeza dari negara sendiri. Dari pemandu yang suka Hon suka-suka hati, duit yang ribu-ribu, penumpang yang isap rokok dalam public transport, ternyata pengalaman baru untuk kami berdua. Dah sampi di hotel, settle apa yang patut, terus turun bawah nak makan. Menu makan malam ialah "Nasi Padang".. kitorang tak tekejut sangat dengan bilangan lauk yang ada kat atas meja, sbb orang dah bagitau. Kalau Nasi Padang, dia akan hantar berbelas-belas jenis lauk kat atas meja, so makan apa yang nak makan je. Kalo tak nak, jangan sentuh. Nanti kena bayar. so kami amik nasi, dan ayam goreng. Sedap ayam goreng tu.. kos untuk makan malam Rp 72600 untuk 2 orang. agak mahal yer, mungkin sebab hotel punya restaurant kut. Xpelah 1st day. Dah abis makan, terus keluar di sekitar kawasan hotel dan terus menuju ke YUKI.. sbb nak cari Line untuk access aku punya Blackberry. Beli Prepaid Simpati, harga Rp 15000. Boleh access Blackberry selama 5 hari. cukuplah tu. bukannya nak lama sangat pun.. takat nak update FB, BBM dan upload gambar je.. kekadang guna jugak untuk call orang tempatan.. hehehehe...
Jadi itu sajalah aktiviti untuk hari Day 1 di Medan. Ini Breakdown untuk perbelanjaan hari pertama untuk 2 orang.



Becak Polonia-hotel = Rp 25 000/2 person
Ibunda Hotel = Rp 200 000/2 person
Derma Ikhlas = Rp 6 000/2 person
Becak ke Medan Plaza = Rp 15 000/2 person
Angkut ke Hotel = Rp 6 000/2 person
McDonald kat Yuki = Rp 44 900/2 person
Plug Converter = Rp 14 000/2 person
Simpati = Rp 15 000/2 person
Nasi Padang, Dinner = Rp 72 600/2 person
Total = Rp 398 500/2 person





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...