Monday, January 24, 2011

wow barulah nampak macam lelaki...

Hahahah!!!! agak kelakar bunyinya.. tapi itulah reaksi pertama apabila aku masuk ofis pagi tadi.. ermmm selama ni aku bukan lelaki ke? Agak ganas pertanyaan ofismate aku tadi.. tapi xpe, at least kan.. mungkin hanya gurauan tapi...aku tau apa yg diorang maksudkan.. Maklumlah harini aku baru gunting rambut pendek.. Macam askar.. Hah puaslah hati korang kan? Dapat tengok rambut aku pendek macm ni? SEbelum ni agak berserabut sikit.. Maklumlah hidup yang tidak terurus.. Kalau dah kawin tak pela, sbb makan pakai ada bini jaga.. OPsssssss... Malas lah pk pasal kawin lagi..
Karekter lelaki, jadi lelaki, lelaki menjadi2, mana yang sesuai? pilihlah sendiri.. aku lebih baik jadi diri sendiri.. Tak payah nak pk pasal org len.. Ada org bagi makan aku? X kan? SO what???? lantaklah aku nak jadi apapun.. asalkan aku tau apa yang aku buat.. Memang org agak berfikiran pelik skit, kalau usia dah agak lanjut, tapi tak kawin2 lagi.. Aduhhhh aku ni dah tua sgt ka? Tak kan? Kalau kawin pun tak semestinya dia tu lelaki.. Definisi kawin jangan tersalah erti.. Kawin bukan untuk tunjuk yang dia tu lelaki atau tak, kawin ni wajib bagi mereka yang berkemampuan dan bagi mengelakkan zina.. Walaupun aku belum kawin lagi, aku tak berzina.. Ada kat balai polis report tentang aku berzina? Kalau ada, aku bagi kat org tu RM5k.. amik kau..
Kenapa aku agak sensitif malam ni? Ermmmm, adalah sebabnya.... aku terasa hati dengan golongan manusia yang suka cakap yg bukan2... Eh Hello....contohnya... "dia tu tak kawin mesti sebab dia .... kan?" itu yng org slalu ckap.. Isk2 kolot betul fikiran kau.. Pernah tak dengar org yang dah kawin, ada anak...tapi masih buat benda2 tak elok kat luar? pernah kan? So for What diorg kawin? I dun want to answer that question..
So persoalannya sekarang ni.. adakah aku ni betul2 lelaki? Ofcos aku ni lelaki... OOOooo kalu tak kawin maksudnya bukan lelaki la? Subjek apa yg ko blajar kat skolah dulu, yg ada stetment cam ni? Mai tunjuk kat aku sat... Gerammmmmnya aku bila aku dengar org cakap macam tu..
Esok aku sambung lagi entry ni.. aku dah ngantuk....

Saturday, January 22, 2011

Bayang-bayang sendiri?

Takut pada bayang-bayang sendiri? Owh no.. mesti ada yang tak kena ni.. Biasanya kalau kita takut dgn bayang-bayang sendiri ni, kita tak ada keyakinan yang begitu kuat pd diri sendiri.. betul ker?? tepuk dada tanya diri sendiri..
Tapi itulah aku.. aku memang selalu pikir banyak kali kalu nak buat sesuatu benda.. bukan apa, takut benda tu lain pulak jadinya.. Memang aku ni seorang yang kurang keyakinan.. ERmmmm... ntah.. Sejak dua menjak ni, ada sesuatu yang asyik dok main2 kat fikiran aku.. Iskkk.. bila la dia nak ilang nih????? Penatlah dok pikir.. Tapi Xpe kita tinggalkan dulu..biar aku je yg settlekan sendiri..
Satu ketika dulu, aku selalu buat sesuatu benda tanpa fikirkan baik buruknya.. Ermmmm, biasalah tu, masih belum matang kut.. Tapi skang dah matang ke? Haha..matang bukan diukur dari segi usia, tetapi dari segi pemikiran.. Ada orang ada otak, tapi tak boleh nak berfikir.. Macam-macamlah. Well....

Entry ku...


Semekom.. duhhh.. dah lewat malam rupanya.. kenapa aku masih tak tdow ni? aku pun tak tau. susah betul nak lelapkan mata ni. Banyak berfikir kut..Apa Yang aku sedang fikirkan? aku pun tak tau.. tapi biasalah dah esok cuti memanglah susah nak lelap mata ini. Harini, tiba-tiba rasa macam nak tweet.. OMG!!! dapat tweet dgn misha omar.. superb.. mmg terbaik ar..
Tadi masa kat ofis, aku mmg stress.. adoaiiii...banyak betul keja.. aku tak expect langsung keje banyak sebegitu rupa. Stressss.. Tapi nak buat macam mana, dah nama pun keje. Kita ni kuli je, bukannya bos pun.. Kalo bos pun tak kan dapat goyang kaki gk, cuma tukang jahit je yang keje dia dapat goyang kaki.. Hahahaha.. Alhamdulillah, arini dapat berita gembira.. ada seorang fotographer yang nampak hasil karya seni aku.. dia bagi pujian.. Aduhhhh terkesima sekejap.. Mana taknya, dia seorang yang pro dlm bidang ni.. So bukan senang nak dapat pujian.. Tapi tak bermakna apa yang aku buat tu, aku harus berpuas hati. Sebab banyak lagi yang aku harus belajar.. From A to Z. Banayk sangat..
Memang Interest aku adalah dalam bidang fotografi, tapi sebagai hobi jelah.. dan tak disangka, officemate aku nak mintak aku amikkan gambar dia masa kawin nanti.. Alhamdulillah, syukur aku ke hadrat illahi, kerana bagi aku peluang untuk mencuba dan mengembangkan bakat aku ni.. Aku akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mengejar cita2 ku ini.. Jadikan Hobi Sebagai Kerjaya... Aminnn

Wednesday, January 12, 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru 2011.. arghhhh... dh semakin membesar rupanya aku ni.. namun Alhamdulillah kerana masih lagi di beri peluang untuk menghirup udara dan menjalani kehidupan seperti biasa.. apakah azam aku untuk tahun ni? ermmmm... masih lagi nak congak2, tapi azam yg lama2 pun masih lagi belum tertunai.. Macam2 suka duka dilalui sepanjang tahun lepas.. yang duka dijadikan tauladan dan yang suka dijadikan kenangan yg indah untuk selama-lamanya..
Dah hampir nk petang umo aku ni. Tapi masih lagi dok single mingle. ermmm biasalah org ckp, selagi tak sampai jodoh..selama itulah kita akn hidup membujang.. Memilih???? Owhhhh mungkin tidak sama sekali.. Siapalah aku utk buat pilihan yang melampau kan? just wit n see je la.. kalau ada jodoh tak kemana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...