Sunday, April 3, 2011

OfficeMate Day Out


Pukul 10:30 pagi pegi office di hari Sabtu... mmg malas sebenarnya.. fikirkan kerja month end yang tak siap lagi, aku gagahi jua untuk ke office.. hehehe.. tetapi hampeh sbb langsung tak buat kerja.. ada perjanjian Geng2 Kak Limah untuk meneruskan akviti sosial di hari minggu.. xpelah, bukannya selalu buleh keluar ngan geng2 kak limah ni.. masing2 bz bekerjaya..

Masuk office on Pc, pastu tutup balik.. g teman geng kak limah shopping baju katanya.. mak ai... kalau dah dasar pompuan tu, seharian shopping pun x cukup.. kalau boleh, nak duduk terus dalam kedai baju ni.. nasib baik mood aku okey, kalau x jangan haraplah aku nak teman shopping.. sebab aku tau, pompuan kalo shopping mmg lama.. itu la, ini la.. bagai2 lagi..

aksi gadis kak limah bershopping.. stokin tu ko x nak beli pulak?
cuba ko pakai g ofis... hehehe..


Adoi dah berkali2 aku tengok jam kat enset aku ni.. pukul bapelah ko nak siap ni????(ckp dlm hati jer) kalo dia dengar, mau terkumat-kamit mulut bebel kat aku.. kau ingat, kau tu Paris Hilton ker? nak shopping lama2 ni? ade show ker? hehe.. lawak jer Ana.. ko shopping lah puas2.. x pe, aku leh temankan kau beli baju.. sbb tu duit ko, bukan duit aku.. kan kan kan?

sempat lagi posing kat lam kedai ni


Akhirnya, siap jugak.. jom next destination, makan2 time.. sbb dah lapar.. tapi dok fikir nak makan apa.. aku kenyang lagi...teman je lah minah ni makan kat Ayam Penyet.. aku tak makan pun.. cuma beli satu slice cheese cake kat secret recipi n order air Soda Gembira.. wah!!!! menarik nama, soda gembira..

"Bang, lepas minum air ni, boleh gembira ke?????"

xdelah gembira mana pun, takat Happy-happy Hour jer.. :-)

ni lah rupa bentuk Soda Gembira, vesi Ayam Penyet.. cuba korang try, leh Gembira x.

"Pis, ko kat ner? aku dah sampai ni" salah sorang geng kak limah kol aku.. rupanya dah sampai kat tempat practice untuk minggu setiausaha nanti..
"okey, jap g aku sampai..ko masuk dulu, aku dah booking, room no 7"..aku jawab dengan gembira sekali.

geng kak limah tengah practice untuk minggu setiausaha


perut dah kenyang, boleh lah practice.. masing2 tunjukkan bakat yang terpendam. lantaklah suara nak ke laut ke, ke darat ker, ke langit ker... ada korang kesah???? si Man ni, laki si Siti, kemut2 suara nak nyanyi.. malu kut.. tapi sekali bila dah pasang lagu industan... apa lagi... terus CERGASSSSSS... hahhh macam tu lah, baru best.. malu tapi mahu.. bila dah masing2 syok layan lagu, semua x nak lepas mic yang ada kat tangan..

lagu industan pun kitorang practice jugak, ko ade?


Macam biasalah, aku bila dah ada geng aku.. teruslah kitorang berduet.. tapi lagu duet ni agak kurang menjadi.. mungkin dah lama tak jumpa skali masa show kut.. maklumlah, si Hasni Kusni ni, sejak dah dilamar oleh "Syarikat rakaman" baru.. mmg susah dah nak jumpa buat show skali.. nasib baik ade kompeni yang nak book kitorang untuk buat show minggu Setiausaha nanti.. kalo x.. Hadooo.. lagu wajib.. mesti ade.. walaupun penganjur lupa nak letak dalam list.. "Soley-Soley".. lagu tema geng Kak Limah.. pada yang x penah dengar lagu ni... bolehlah klik kat sini yer.. Lagu tema Geng Kak Limah.. korang klik la, tunggu apa lagi.. :-) kalo nak lagu penuh, klik kat sini.. klik la sini enjoy ya..

kami dah practice, tunggu time nak perform je


Times upppp.... aduh, kejapnya practice.. lirik lagu pun x ingat lagi ni.. cam ner? x pe.. geng2 kak limah semua.. nanti ade masa yang free.. kita g practice lagi okey.. bersama penyanyi jemputan.. yang akan memperkenalkan lagu Dilanda Cinta.. xtau lagu die cam ne? klik je sini.. Dilanda Cinta
hah nak tau sape???? tungguuuu.... so chaiow..

ini carta lagu terhebat untuk harini
klik untuk mendengar

No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...