Saturday, May 14, 2011

Program realiti, tapi dah ada Juara???

Haluuu... dah lama rasanya aku tak menulis kat blog ni.. terlalu bz amat.. tak sempat nak mengarang secoret dua cerita kat sini.. sibuk dengan kerja, sibuk dengan hal family lagi.. n x sempat nak buat entry istimewa untuk hari ibu kat sini.. tapi aku dah wish awal2 lagi kat mak aku..

Hari ni rasa cam nak buat entry.. entry mengenai program realiti tv yg tengah ditayangkan kat tv tv di rumah anda.. apakah maksudnya realiti jika ianya telah dirancang???? ermmm, tak real lah namanya.. aku rasa ramai yang dh terpedaya dengan agenda stesen2 tv ni.. bagaimana utk meraih untung secara langsung.. buat program, terus dapat duit.. walaupun program dia dh suam suam kuku.. dulu mmg lah Gah, sampai dah cetuskan fenomena.. tapi sekarang terpaksa buat pelbagai gimik, semata2 nak pancing org utk tengok program dia. sampai terpaksa melanggan pakej lain pun ada.. fuhhh mmg leh untung lah kalau cam ni..

Tadi secara tak sengaja, tengah borak2, tiba2 tersembang pasal program ni.. kalau dulu, org suka..sekarang dah kurang penonton, sbb dah bosan dengan agenda yg dimainkan.. kalau seblum ni aku hanya amik endah tak endah jer, sbb juara pun tak kemana.. kalau tak ada peminat. lainlah kalau nama juara itu sudah tertulis dlm program tersebut.. balik2, undi undi undi.. agrhhhh.. undi konon, menurut seorg yg agak kamcing dengan produksi tersebut, semua ni dah dirancang dgn begitu baik sekali.. hinggakan pd Juara program tersebut.. pendek kata, pihak produksi dah tetapkan siapa Juara program tersebut.. yang lain tu, takat nak penuhkan korum jer.. kesiannya...jadi bahan ujikaji..

Ada sorg ni cakap, masa g ujibakat, rambut panjang salah sorg peserta tersebut panjang, tapi masa klip ditanyangkan rambut pendek???? aikkk, tak kan kut baru buat ujibakat???? aku tak kisahlah korang nak buat ape, itu yang aku ckp.. aku cuma kesian dgn penonton2 di Malaysia ni yg senang-senang kena tipu dengan agenda Produksi program tu. Terima kasih banyak2 lah pd yang bagitau tu, sbb dia ni bukan calang2 orang tau.. mmg berkait secara langsung dengan production team.. isk isk isk...

So lepas ni, aku harap pihak tersebut mulalah bukak mata, kalau dah team sendiri dah mula bukak cerita, tak mustahil satu hari nanti cerita ni akan sampai kat semua org..

1 comment:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...