Syukur Alhamdulillah, tahun ini sempat lagi berjumpa dengan Bulan Ramadhan yang penuh berkat.. Diharap dalam amalan kita juga akan penuh dilimpahi keberkatan oleh-NYa. Tahun Ini aku melalui bulan ini seperti dengan tahun2 yang sebelumnya.. tiada apa yang amat ketara perubahannya.. sorang2, di perantauan.. bertemankan kawan sahaja.. Beginilah anak seorang perantau kan?
Walaupun keseorangan disini, namun masih lagi mempunyai teman-teman untuk bersahur dan berbuka puasa.. hari ini berbuka dalam keadaan yang begitu sederhana sekali.. tak elok membazir.. Walaupun sederhana, tetapi oklh takat nak mengenyangkan perut.. Di hujung minggu pastinya banyak jemputan berbuka puasa yang telah menanti.. hehehe